Showing posts with label Sektor awam. Show all posts
Showing posts with label Sektor awam. Show all posts

Sunday, April 27, 2008

Fikir-fikirkanlah

Petang tadi aku singgah seketika untuk bertanya khabar kawan aku yang berehat cuti sakit dirumahnya. Dia baru pulih dari rawatan dihospital kerana darah tingginya mencapai tahap kritikal. Dia sebenarnya cukup tertekan dengan kerja-kerjanya seharian. Itulah antara sebab yang mungkin kenapa tekanan darahnya naik secara mendadak.

Dalam sembang-sembang beliau banyak menceritakan keadaan ekonomi semasa, keadaan politik semasa dan tekanan kerja sebagai pegawai pengurusan dan professional. Tapi aku tak berminat sangat dengan keadaan politik semasa. Kadang-kadang sengaja aku cuba mengalih topik supaya fokus tidak kepada politik.

Dalam banyak-banyak bicara, dia merujuk kepada satu artikel yang termuat dalam web agenda daily dalam komputernya. Jadi aku cuba paparkan kembali artikel berkenaan untuk tatapan kawan-kawan yang belum membacanya.Berikut adalah artikel yang ditulis oleh seorang yang menamakan dirinya Azmi Ahmad;


"Akhir-akhir ini pihak kerajaan kerap kali mendapat tekanan daripada pelbagai pihak. Terbaru, tuntutan CUEPACS yang umum ketahui berjuang untuk para kakitangan awam Malaysia. Memang benar, kita mendapati tahap pendapatan kakitangan awam di Malaysia masih rendah. Jelas sekali CUEPACS mengambil pendekatan yang begitu agresif dan hasilnya ialah kenaikan gaji dan beberapa tuntutan lain yang mendapat perhatian serius pihak kerajaan.

Paparan di dada akhbar menggambarkan kejayaan tuntutan dan golongan sokongan merupakan pihak yang paling gembira. Apa pun kegembiraan ini nampaknya sukar untuk dikongsi sepenuhnya oleh golongan pengurusan dan profesional (P&P). Ini bukan bermaksud kumpulan P&P tidak bersetuju dengan habuan yang diterima oleh kumpulan sokongan. Itu rezeki namanya... namun ia melihat trend kini adalah seolah-olah menidakkan kumpulan mereka. Sedar atau tidak, mereka merasakan bahawa usaha mencari pendidikan hingga ke peringkat tinggi sudah tidak bermakna lagi.

Usaha keras pihak CUEPACS untuk merapatkan jurang pendapatan kakitangan awam memang berjaya. Pendapatan kumpulan sokongan melambung tinggi menyamai pendapatan kumpulan profesional. lebih ketara di kalangan guru sekolah yang rata-rata terkejut kerana mendapati gaji mereka telah dilangkaui oleh kumpulan sokongan. Ada pula yang senyum sinis sambil berkata.." Belajar tinggi-tinggi pun gaji sama je... baik tak payah sambung belajar sampai IPT"...

Ada pun isu yang lebih besar adalah kenaikan harga barangan yang amat memeritkan. Para kakitangan kumpulan P&P yang pada tanggapan CUEPACS dah selesa kerana nama "KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL", mulai merasa keperitan hidup yang menghimpit. Sembang-sembang dengan rakan-rakan sekerja sering menjurus kepada soal sewa rumah, minyak dan pelbagai lagi. Namun kerana 'title' kumpulan P&P, mereka mencari ruang lain untuk menampung perbelanjaan. Dah terpaksa... Agaknya inilah antara punca berlaku rasuah...Sesungguhnya harapan kepada CUEPACS dah hampir punah. Ini kerana tuntutan demi tuntutan lebih kepada golongan sasar mereka yang dianggap amat daif sehingga amat perlu ditolong terus menerus oleh kerajaan.

Apabila tiba PRU12, siapa agaknya kumpulan yang telah banyak bermain isu secara sistematik kalau bukan kumpulan P&P. Kerajaan panik menghadapi hal ini. Ramai memberi gambaran bahawa suasana masih tidak menentu. CUEPACS tampil lagi dengan kesinambungan tuntutan selepas PRU dalam keadaan kerajaan yang agak goyah. Ugutan untuk boikot Hari Pekerja dan sebagainya. Akhirnya kerajaan setuju jua dengan desakan CUEPACS. Sekali lagi kumpulan sokongan mendapat imbalan yang menggembirakan kerana kenaikan elaun sewa rumah menyamai kumpulan P&P. Demikianlah senario CUEPACS yang amat prihatin kepada hanya kumpulan tertentu. Dia dah jadi jaguh.

Dalam diam sudah ada pihak mula merajuk. Sebelum terlewat rasanya pihak CUEPACS mahu pun kerajaan harus memikirkan hal ini secara lebih mendalam. Rasional manusia memang mudah iaitu dapatkan sesuatu kerana kelayakan yang sesuai. Kriteria untuk layak memasuki kumpulan P&P adalah jelas. Kenapakah kumpulan ini tidak mendapat pengiktirafan dan penghargaan sewajarnya sebagaimana suatu ketika dahulu bila mana ada perlumbaan untuk menjelmakan ramai P&P. Dalam hal ini kesamaan yang diperjuangkan dari segi pendapatan oleh CUEPACS sedikit sebanyak menimbulkan keresahan pihak lain. Apabila ketara tiada perbezaan antara kumpulan P&P dan Sokongan, lebih baiklah gunakan nama lain yang lebih sesuai."


(Tengok gambar ni, macam seorang tukang sapu (berpakaian selekeh) sedang menerima penyapu dari bosnya (pakai kot)...Subhanallah..Kerja Allah Taala..)

Membaca artikel diatas,aku tak ada nak komen apa-apa,cuma aku mampu berkata " sedar-sedar lah wahai pegawai kumpulan pengurusan dan professional, kumpulan kamu tidak di utamakan oleh kerajaan, sekadar layak dianugerahkan penyapu oleh khir toyo". Mungkin kamu semua alpa tentang tanggungjawab kamu. Jangan hanya tahu keluar arahan, sign surat dan hadir majlis dan mesyuarat sahaja, tengok-tengok kan sekali dasar, arah tuju serta tunjukan kepimpinan yang baik, biar orang bawahan kamu faham apa sebenarnya yang kamu sedang lakukan. Tunjukkan bahawa kamu sebenarnya tahu dan faham apa yang sepatutnya dilakukan.....kau orang fikir-fikirkan lah sendiri....






"

Saturday, April 19, 2008

Presiden Cuepacs VS Presiden UMNO


19 April, 2008. Sabtu

Apa yang kau cakap ni Presiden CUEPACS? Semalam kau cakap PM dah terima umur persaraan 60 tahun dan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat. Hari ni pula PM kata kau salah faham kenyataan dia. Yang mana satu betul ni?

Aku cuba nak percaya cakap PM pun, payah jugak, sebab dulu dia kata Parlimen tak bubar, last-last parlimen bubar jugak. Jadi untuk sementara ini aku percaya cakap kau je lah. Lalu aku buat rumusan sementara bahawa "tipah tertipu lagi".

Yang kau ni pun satu, Presiden CUEPACS, cepat sangat buat keputusan untuk "tidak" memboikot hari pekerja 1 mei ini. Dengar saja cakap PM yang kau sendiri "jelas tak jelas" terus buat statement akhbar. Kalau atuk aku masih ada pasti dia akan kata kau ni jenis budak "tebolasyh". Budak tebolasyh mana boleh jadi ketua.

Sekarang macam mana? kau nak tarik balik atau tidak "sokongan" CUEPACS terhadap hari pekerja 1 mei ini? Aku rasa kalau kau bermesyuarat lagi untuk minta keputusan "kabinet" kau tu pun, dia orang payah dah nak terima, sebab kabinet kau tu aku nampak lebih cerdik daripada kau. Kalau keputusan "memboikot" semula hari pekerja, aku rasa cukup-cukup kartun macam cerita "popeye the sailor man" dengan spinnachnya. Kau cari lah pengertiannya mesej cerita popeye tu. Malas aku nak cerita panjang-panjang.

Jadi, aku rasa aku dah boleh buat rumusan KEKAL bahawa Presiden CUEPACS telah "diketamtipahtipuhteronggenbalikkeltetungketang" oleh Presiden UMNO dan tidak difahami oleh Presiden CUEPACS.

Makanya Presiden CUEPACS menang sorak..horray..horray...

Kau fikir lah sendiri.

Friday, April 18, 2008

Honorarium


"Hari ini 18 April, 2008 aku terbaca surat khabar Utusan Malaysia (Malaysia negaraku yang permai, ekonomi yang semakin baik, harga barangan terkawal, bekalan makanan mencukupi, negara yang konon menjadi guru kepada Amerika Syarikat dalam menanggani masalah kewangan/ekonomi negaranya) mencatatkan berita tentang enam tuntutan CUEPACS iaitu pemberian honorarium RM2,000 kepada kakitangan awam, pemberian kadar pencen mengikut perkhidmatan, lanjutan umur persaraan daripada 56 tahun kepada 60 tahun, pemansuhan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), pemberian semula elaun kritikal dan penambahan elaun perumahan kepada RM230 berbanding RM180. Perdana Menteri yang negerinya tewas kepada Pakatan Rakyat telah dikatakan menerima 5 daripada 6 tuntutan tersebut. Tuntutan yang ditolak ialah Honorarium RM2000 kepada kakitangan kerajaan.

Aku cuma nak bagi pandangan sahaja sebagai kakitangan kerajaan. Apa yang sangat aku perlukan sekarang ialah RM2000. banyak aku boleh buat dengan RM 2000. termasuk perbelanjaan anak-anak sekolah, membayar hutang-hutang kedai runcit (bekalan makanan), memperbaharui insurance dan cukai jalan, beli baju batik untuk pakai setiap khamis dan lain-lain lagi.

Pada aku keputusan PM menolak bayaran honororium sebanyak RM 2000.00 kepada kakitangan kerajaan adalah suatu keputusan ekonomi yang paling tidak bijak. Alasan yang diberikan oleh PM adalah kebimbangan kerajaan terhadap kenaikan harga barang. Pada aku sejak selepas, malah sebelum pilihanraya lagi harga barang dah naik. Teori ekonomi konvensyenal yang ada mengaitkan kenaikan harga barang lazimnya dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran atau disebabkan oleh "monopoli". Selebihnya aku tak faham sangat sebab aku bukan ahli ekonomi.




Jadi, kalau kerajaan bagi RM 2000.00 kepada setiap kakitangan kerajaan aku percaya mereka akan membelanjakan sepenuhnya wang tersebut. Apabila wang tersebut dibelanjakan, peniaga-peniaga akan merasai kemeriahan perniagaan mereka. Penjual ikan boleh menjual ikan mereka dengan baik kerana rakyat berduit hasil perbelanjaan kakitangan kerajaan tadi. Begitulah seterusnya kitaran/pusingan RM2000.00 berputar dalam pasaran. Semua akan mendapat nikmat sehingga kepada penanam pisang pun akan dapat menambah pengeluaran mereka dengan menanam lebih pokok pisang kerana pisang mendapat pasaran yang baik dikalangan kakitangan kerajaan dan masyarakat bila mereka semua berduit. Akhirnya harga pisang pun mungkin turun sebab penawaran akan bertambah.Jadi sebenarnya bayaran honororium oleh kerajaan mampu menurunkan harga barang.

Maka dengan teori mudah ini, aku hanya sekadar nak mempersoalkan "siapa" menasihat PM untuk membuat keputusan menolak bayaran honorarium kepada kakitangan kerajaan sebaliknya menerima tuntutan lain yang lebih membebankan kerajaan pada masa depan?

Soal umur pencen aku tak penting sangat, sebab aku akan pencen pilihan 3 tahun lagi apabila umur aku mencecah 50 tahun. Elaun perumahan tak naik tak per sebab ianya tak banyak menyumbang untuk menyelesaikan masalah aku ketika ini. Naik pun sekadar RM 50.00 sahaja.

Peperiksaan PTK pun aku tak peduli sangat sebab aku ni jenis kakitangan kerajaan yang suka diuji-uji. Sebab pada aku sebagai kakitangan yang cemerlang mesti tahu banyak perkara. Soalan PTK tu sebenarnya untuk menguji kakitangan samada mereka betul-betul bekerja, berpengalaman, berpengetahuan, faham atau sekadar penumpang sektor awam.. Tak tahu lah pulak aku rupanya ramai kakitangan kerajaan yang "alergic" kepada peperiksaan. Mungkin mereka ni jenis paradigma kebelakang atau penumpang sektor awam sebab tu lah mereka suka sangat nak menumpang sehingga berumur 60 tahun.

Aku boleh setuju dengan umur persaraan sehingga 60 tahun hanya bagi jawatan-jawatan tertentu sahaja dan bagi orang-orang yang terbukti melaksanakan tugas dengan cemerlang, baik dan berkesan sahaja. Kesimpulannya unur persaraan 60 tahun perlu dibuat dengan teliti dan rapi. Jangan sampai peluang kenaikan pangkat pegawai lain dinafikan dan penganggur yang ramai diluar sana disekat peluang. Mereka juga rakyat malaysia yang mempunyai kelayakan yang sama dan mereka juga mengundi BA..oppps sori mengundi BN dalam PRU yang lepas.

Bagi aku. aku sudah cukup letih dengan perkhidmatan selama hampir 27 tahun ni sebab aku ni jenis "bekerja". Rasa nak bagi peluang kepada orang lain pulak. Tetapi oleh kerana tiada pendapatan lain, aku teruskan khidmat aku untuk sektor awam sehingga 3 tahun lagi. Sambil berkhidmat untuk negara, sambil mengisi keperluan hidup.

Satu lagi yang aku setuju ialah pemberian kadar pencen dikira mengikut perkhidmatan kerana aku dijangka berkhidmat selama 30 tahun (360 bulan iaitu melebihi 60 bulan daripada had pencen separuh gaji aku). Bagi kakitangan yang nak berkhidmat lebih lama lagi seronok dengan pemberian ini.

Maka Aku berseru lah kepada Perdana Menteri, KSN dan orang-orang yang sewaktu dengannya, pertimbang semula Honorarium RM 2000.00 Realisasikan negaraku Malaysia yang permai, makmur, maju, ekonomi yang mengukuh ini mampu membayar honorarium kepada kakitangannya. Semua tuntutan lain nak tolak pun tak per.

Tapi bagi aku, kalau akulah Perdana Menteri, aku hanya luluskan honorarium sahaja kerana tuntutan lain itu semuanya memberi impak jangkapanjang yang lebih membebankan kerajaan. Kau orang fikir-fikirkanlah......" beginilah lebih kurang kata seorang kawan aku semasa sesi sembang-sembang minum kopi diwarung Tok ayah...