Saturday, June 7, 2008

BUMI DIPIJAK MILIK ORANG......

Sekadar mengingati dan menginsafi nostalgia.... aku paparkan artikel dan sebahagian komen-komen berkaitan...(dari arahkita.blogspot.com)

.

Pertahankan hak Melayu – Ketuanan Melayu

Hari ini terma baru lahir – Ketuanan Rakyat dan Ketuanan Rakyat ini tidak sepatutnya dan tidak boleh menggantikan Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu perlu dipertahankan. Salahudin Ayub dari Dewan Pemuda PAS dan Azmin Ali bersetuju secara dasar untuk berbincang mengenai isu mempertahankan hak orang Melayu dengan UMNO.

Justeru itu apakah sebenarnya agenda permuafakatan tersebut? Adakah ini tidak akan menimbulkan kemarahan dari kaum-kaum lain? Kenapa kita tidak boleh bercerita mengenai mempertahankan hak Melayu yang semakin masa semakin terkikis. Adakah tidak benar Melayu dalam Bahaya?

Sememangnya ada kelihatan keuzuran Melayu biarpun di tanah air sendiri. Melayu perlu mempertahankan hak baik dari segi ekonomi mahupun politik. Pertahanan hak ini perlu agar Melayu, bukan menjadi tuan di negara ini tetapi mempunyai kekukuhan kedudukan . Hari ini bukan sahaja ketirisan malah apa yang di genggam baik kuasa politik mahupun ekonomi kini dipegang oleh kaum lain. Pegangan inilah yang pernah kita rujuk sebagai Melayu Dalam Bahaya dan pegangan ini secara kolektif terhakis memungkinkan Ketuanan Cina melampaui Ketuanan Melayu.

Adakah kenyataan itu salah? Adakah kenyataan itu melampau? Takutkan kita pada kenyataan sebenarnya mengenai ketuanan bangsa lain melampaui bangsa kita? Bukankah telah disebarkan statistik mengenai pendapatan purata orang Melayu jatuh di tempat tercorot berbanding dengan Cina dan India. Itu belum dikira pula kemiskinan tegar di kalangan orang Melayu yang melangkau melebihi kaum lain di Malaysia.



Bukankah kita patut akui bahawa sekiranya keadaan ini berlarutan dan terdapat kepincangan dalam sosiopolitik dan ekonomi negara ini maka kemungkinan-kemungkinan kegusaran antara kaum akan berlaku? Ini adalah fakta berhemah yang pernah di ulas dan mempunyai jelas kebenarannya.

Hari ini kita pula disergah dengan pemilikan bangunan di Malaysia yang kebanyakannya adalah milik kaum lain. Adakah kita masih mahu berselimut untuk tidak menyakitkan hati sesiapa lalu diam membiarkan perkara ini berlaku. Ini adalah “survival” bangsa dan ini hakikat yang memerlukan kita untuk mempertahankan hak agar – BUMI DIPIJAK BUKAN MILIK ORANG.

Ketuanan Rakyat anjuran sesetengah pihak adalah kenyataan politik menjual hak Melayu. Tindakan mahu juga membicarakan ketuanan, terlampau angkuh mahukan kuasa maka ketuanan rakyat dilemparkan untuk mengelirukan sedangkan isu ketuanan rakyat ini bukan satu isu pokok kerana itu adalah asas prinsip demokrasi. Ketuanan Melayu adalah persoalan hak, persoalan kedudukan orang Melayu dan persoalan pembelaan kemiskinan dan ketinggalan orang Melayu. Ini adalah perbicaraan terbuka dengan menilai kedudukan orang Melayu. Ini persoalan bangsa dan bukan persoalan ideologi politik.

Persoalan tersebut tidak memerlukan lagi sinopsis siapa bersalah kerana kesalahan itu melibatkan semua, kepimpinan Melayu dan orang Melayu itu sendiri. Kesalahan ini sudah cukup diketahui dan kemungkinan klimaks kesalahan orang Melayu hari ini adalah ketirisan kuasa yang dipegang.

Hari ini akan terjadi satu petunjuk baru mengenai ketirisan kuasa kerana ketirisan kuasa ini menambah lagi satu lagi bentuk kekurangan untuk orang Melayu. Penghakisan ini amat membimbangkan. Persoalan kesamarataan yang dituntut sebenarnya menghakis hak yang ada. Menuntut ketuanan rakyat kononnya untuk menunjukkan liberalis yang ada sebenarnya mempunyai matlamat tersendiri yang tidak menguntungkan bangsa. Ini perlu di sedarkan agar kita tidak terikut dengan konsep kesamarataan sebagai satu keadilan. Kita perlu menilai di mana Melayu berada dan apa sebenarnya yang perlu dipertahankan sebagai hak Melayu. Kontrak sosial adalah kontrak sepanjang hayat yang perlu kita tegaskan dengan penjelasan konkrit. Isu ketidakadilan tidak timbul dan isu diskriminasi juga tidak timbul dalam kita melalui perkembangan bangsa khususnya dalam soal-soal kebajikan dan pendidikan. Pegagan ekonomi oleh kaum lain menunjukkan diskriminasi yang di katakan wujud hanya satu kesimpulan politik.



Ketuanan Rakyat adalah satu justifikasi palsu yang sebenar berhasrat untuk membawa politik idealisme Pakatan Rakyat di terima secara total oleh kaum lain sementara bertindak untuk kekal memecahbelahkan Melayu untuk tujuan memperoleh kuasa. Tindakan ini amat merugikan dan perlu kita sedarkan. Tuduhan berterusan mengenai “salah siapa” tidak seharusnya berpanjangan tetapi memperkasakan rakyat untuk memilih dan memahami perlu dilaksanakan. Tindakan menjual-bangsa untuk kuasa adalah sat pengkhianatan. Ini perlu kita tolak dan sekali lagi penjelasan mereka adalah perlu.

UMNO pada am juga telah melakukan kesalahan. Kesilapan dan sikap prioriti yang salah adalah punca-punca UMNO berada di mana ia berada sekarang ini. Menjaga kepentingan sekelompok tertentu menjadikan kredibiliti UMNO tergugat dan unsur-unsur kompromi melampau untuk memegang kepimpinan dalam UMNO melukakan UMNO dari aspek demokrasi. Ini adalah punca pengasingan Melayu baru terhadap UMNO tetapi kewujudan UMNO sebagai simbol kekuatan Melayu perlu ada sungguhpun sudah terhakis.



UMNO memang perlu berubah dan perubahan itu tidak akan menarik legasi lama untuk singgah semula dalam masa terdekat. Banyak usaha perlu diambil khususnya untuk menaturalisasikan konon-konon kepentingan meninggalkan ketuanan Melayu dan mendukung Ketuanan Rakyat. Soalan Melayu perlu ditangani dan soal meningkatkan martabat Melayu perlu menjadi prioriti semua Melayu. Kita perlu pegang perjuangan Ketuanan Melayu – memperjuangkan hak dan mempertahankan apa yang ada dan menuntut apa yang tiris kembali. Apa salah perjuangan ini?

Komen-komen:

1. Keris Panca Delima said...

Assalamualaikum; "Bumi Dipijak Milik Orang" -menarik bunyinya bila diungkapkan; tersirap darah membuak semangat utk menghunuskan keris pesaka berbekalkan semangat Datuk MaharajaLela,Mat Kilau dan Tok Janggut seangkatannya; bagaimana mungkin ini terjadi di bumi bertuah Tanah Melayu ini. Tercari cari dimanakah silap bangsa warisan nenek moyangku ini yg meninggalkan tanah air ini utk anak cucu mereka. Hentikan dulu pertarungan ; simpanlah keris pusaka itu dulu,ikut petua hulubalang melayu lama; gunakan akal bukan tenaga dan insafilah diri sendiri cari & cari dimanakah silapnya.

Salah silap selalu terhidang di depan mata; dek kerana DiBUTAkan ILMU, diajarkan TAMAK HALOBA, di TANAM HASAD DENGKI, didengarkan ALUNAN MENDAYU syurga DUNIAWI dan SIKAP KHIANAT TAK TERPERI maka anak cucu melayu hari ini ibarat melukut ditepi gantang. Hidup kebanyakkan mengharap belas ikhsan kadangkala DIHERDIK kerana tak habis habis nak mintak bantuan. Cukuplah & percayalah kalau mereka pahlawan melayu itu masih hidup NESCAYA kita inilah yg akan ditusuk keris bukan kepalang.

Mungkin dan bersyukur kepada Allah yang masihkan tinggalkan sedikit kuasa pada umat melayu kita pada hari ini; anggaplah ini satu pengajaran sebagaimana diturunkan Tsunami UNTUK KITA BELAJAR bermuhasabah..ingat allah dan pegangan kita.Ini cuma satu ujian yg mudah dariNya..kembali ke pangkal jalan..itu penyelesainnya.

Mengapa perlu diporak-perandakan lagi keadaan salahkan parti itu ini; tengok DIRI SENDIRI, KELUARGA SENDIRI dan SAUDARA SENDIRI. Diperincikan seperti berikut;

1.1 HAK MENGUNDI-adakah kita mengambil serius perkara ini atas kita, anak2 kita & saudara kita; Tak Kira nak pangkah ape..tapi sudahkah kita mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan & mendidik serta MEWARISKAN perkara ini. Kalau ini gagal X PAYAHLAH nak cakap pasal ketuanan melayu.Cuba tanya bangsa lain..

1.2. JUAL UNDI-ini adalah maruah org2 melayu. Jgn Marah..percayalah ini memang realiti..HAK BANGSA MELAYU boleh dijual beli. Adakah kita telah berpesan2 kepada kita sendiri dan waris2 bahawa ini adalah maruah org melayu.sekali lagi ditekankan pendidikan dan ilmu sekali lg memainkan peranan disini iaitu keupayaan berfikir.Sesungguhya benarlah tafsiran Surah Al Asr itu.

1.3. PENGKHIANAT BANGSA-Siapa dia? Bangsa Ape? Siapa yg menajui kerajaan selama ini? Ape mereka Buat utk agama bangsa & negara? Macamana mereka boley kaya raya sedangkan kita miskin dan sederhana semata2..hak siapa digunapakai itu..ITU YG PATUT KITA TANYE..bila dah susah macamni dibuak buakan ketuanan melayu..PATUTKAH? Perasuah masih terbela;Pembela masih dilaga2kan.Tanya bangsa lain tengok di kata ape..LU MAU JUAL GUA BELILAH..

1.4. PERKARA ILMU- ini perkara yg datang secara formal dan tidak formal. Sesungguhnya inilah perkara yg akan menjamin KETUANAN MELAYU ini..Ape pemimpin melayu buat, berita disekat2,majlis ilmu ditapis2 HIBURAN DIPERBANYAKAN, bangsa siapa yg jadi lalai, rempit , dadah, zina, arak..memnangis kerana AF,OIM dan tah ape 2 lg bkn sebab yg membawa kepada warisan ketuanan melayu. Macamana nak ade jati diri ..aku ingat kayu jati tu lg bagus sebab boleh buat duit. aku ingat cukuplah sampai sini dulu..nak semayang maghrib..insyallah semoga mendapat ilmu sedikit dari tulisan ini . Salam

2.mymoksha said... Mengapa perkara ini dibangkitkan sekarang? Selepas pilihan raya yg menyaksikan UMNO/Bn mengalami kekalahan dari undi rakyat. Isu ini di bangkitkan oleh Pemuda UMNO kononya mahu mengajak PAs dan PKr berbincang isu2 ketuanan Melayu selepas pilihan raya umum yg lepas. Mengapa tidak sebelum pilihan raya? Jika ditakdirkan Allah swt UMNO tidak hilang 5+1 buah negeri dan mendapat majoriti 2/3 di Parlimen adakah suadara yakin UMNO akan mengajak PAs dan PKr utk berbincang hal2 ketuanan Melayu?

Jangalah kita terlalu asyik dgn paulan gendang dan tari menari pemimpin UMNo yg sengaja menimbulkan isu murahan utk menarik kembali sokongan rakyat terutama Melayu kembali menyokong mereka. Isu ini sengaja ditimbulkan tatkala sokongan org2 Melayu terhadap UMNO semakin terhakis.

Fakta2 yg saudara paparkan memanglah sesuatu yg menyedihkan. Saya setuju bahawa org2 Melayu semakin terpinggir dan ketinggalan dr pelbagai aspek. Namun, siapakah yg perlu bertanggungjawab sepenuhnya dlm hal ini. Melayu telah diasak kiri dan kanan kerana pemimpin2 UMNO terlalu memetingkan survival politik mereka. Diadakan DEB utk menyelamatkan org2 Melayu dlm aspek ekonomi tetapi siapa pula yg menyalahgunakan DEB utk kepentingan poltik, bukankah UMNO? Sedih memang la sedih tp saya merasakan isu ini perlu diselesaikan dahulu dgn UMNo merombak segala dasar, idealogi dan pendekatan politik mereka kalau mahu diubah segalanya.

Permuafakatan antara UMNO, PAS dan PKr perlu ttp bukanlah UMNO yg menjadi tunjang kpd permuafakatan ini. Zaman UMNO menjadi 'kepala' politik kpd org Melayu sudah berakhir. Tatkala org2 Melayu memberi sokongan pd mereka, mereka khianati amanah yg dipertanggungjawabkan. Mereka kenyangkan perut mereka, saudara mara mereka dan rakan2 politik mereka. Jadi, kalau mahu diadakan permuafakatan antara parti Melayu, biarlah PAs yg menjadi pengerusinya. Perjuangan PAS utk Melayu dan Islam tidak pernah padam. Jadi saya kira amat layak PAs menjadi 'kapten' dlm permuafakatan tersebut.

Hakikat UMNO kuat, Melayu kuat perlu dikikis segera. UMNO tidak pernah merasakan terhutang budi pd org2 Melayu. Sedih jika kita bicarakan hal2 ekonomi org Melayu terutamanya. Masih ramai masyarakat Melayu tak mampu membeli rumah, miskin, menghantar anak2 ke sekolah sampaikan kes di Johor apabila sebuah keluarga yg meninggal dunia akibat tinggal di dalam rumah yg terbakar kerana menggunakan lilin kerana tak mampu membayar bil elektrik hinggakan di potong oleh TNB. Ini contoh keluarga Melayu yg dilayan sebegitu rupa. Mengapa tidak ada Ketua Bhg atau mana2 pemimpin UMNO Johor yg mengambil inisiatif membantu mereka. Di p.P, jika saudara berkesempatan pergi ke sana jenguk lah org kg yg tinggal di Tanjong Tokong yg ke semua nya org Melayu. Hidup mereka miskin, tinggal di atas tanah yg miliknya kerajaan malah pernah diugut oleh 'org2 Melayu' sendiri utk menyahkan mereka dr tanah tersebut. Siapa yg memimpin Melayu P.Pinang sepanjang 50 thn merdeka? Salah siapa Melayu miskin, melarat dan terpinggir?

Hakikat di sini, UMNO memang tak layak memimpin org2 Melayu. Mereka khianat pd amanah dan tanggungjawab membantu Melayu. Kebencian rakyat pd UMNO semakin menebal dan membara, jd 'isu ketuanan Melayu' cuba diaminkan semula. UMNO lah punca Melayu hilang ketuanannya, UMNO lah punca org Melayu hidup di sini seperti "Bumi Dijiak Milik Orang" Sedarkah kita......

3.Anonymous said...

Umno bila berkuasa cukup bongkak dan lupa untuk membantu orang melayu secara menyeluruh. Umno hanya bantu orang-orang yg menyokong mereka dan para-para kroni dan pengampu. Cuba check ketua-ketua bahagian umno, semuanya kaya raya. Mana dapat duit?. Projek dari umno dan banyak di ali babakan for quick money. Kelantan adalah kerajaan yg dipimpin olih orang melayu tapi kenapa di anak tiri olih kerajaan pusat yg dipimpim olih orang melayu sendiri?.

Sama jugak di Trengganu masa pemerintahan PAS. Duit royalti minyak diagihkan pada para kroni. Adil ke ini pada rakyat dan orang melayu sendiri?? Umno bila tersepit macam sekarang sibuk bercakap hak melayu?. Malu le. Bolih percaya ke umno ini?. Ingat sejarah selepas 13 mei 1969. PAS masuk BN, lepas umno kuat PAS kena tendang keluar. Nak pertahan hak melayu apa umno nie?. semua tipu helah saja.

4. Anonymous said...

Ingin saya mengupas sedikit saja isu ini, tapi fikirkanlah untuk bersama...kenapa sekarang baru sibuk nak timbulkan isu Ketuanan Melayu? Bilakah masa umno jaga Ketuanan Melayu? WPI..kita gadaikan tanah kita pada siapa? Kenapa Bahasa Inggeris diagungkan?Kenapa Rancangan hiburan terlalu banyak untuk remaja melayu? Siapakah yang memberikan kuata 10% untuk bukan bumi masuk ke MRSM? Bukankah ini semasa pemerintahan UMNO. ihatah Pulau Pinang. Siapakah yang membela nasib mereka? UMNOkah selama ini? Fikirkanlah....

5"pertahankan hak Melayu- ketuanan melau:- Sampai bila Melayu nak bertongkat ? Dah dapat projek dialibabakan kepada bukan Melayu. Pemunya lesen ambik 5% jer dan tak tau satu apa langsung pasal projek yang dia dapat. Pulak tu nak dapat projek main kotor gunakan politik untuk dapat projek. Bayar orang itu. bayar orang ini. Mereka nilah yang memburukkan nama Melayu. Sedihnya tuan-tuan dan puan-puan, hatta produk makanan pun dikuasai bukan Melayu. Bukanlah nak puji sangat bangsa non-Melayu ni. Tapi mereka dah buktikan mereka boleh berdiri sendiri.Tak harap bantuan kerajaan. Oleh itu ketuanan Melayu pun hendaklah bertempat.-

6. PM Anonymous said...

yang nyatanya orang melayu dah dijual oleh orang melayu juga bukan cina, india ataupun orang lain. Orang Melayu kena sedar hakikat ini. Kepada yang suka panggil melayu pig tu bawak lah bersabar... kalau tak tahan duduk malaysia ni pindah ke.. cari ketenangan di tempat lain atau memang anda pun tak berdaya nak keluar dari tempat ini. atau pun anda memang tak boleh keluar dari tempat ini kerana di mana anda pergi anda tak diterima..

7.Anuar Mohd Nor said...

Komen di padamkan Beberapa komen telah dipadamkan kerana panggilan gelaran terhadap kaum Melayu yang amat mendukacitakan. Kepada mereka yang menulis dengan gelaran yang dianggap biadap, sila hentikan. Ini tidak akan menyumbang kepada tujuan diskusi dengan cara berhemah. Sekian Anuar Mohd Nor

8.Anonymous said...

UMNO bila sudah diberi kuasa lupa daratan pula. Bila ditegur bukan saja marah malah angkuh pula. Sudahlah UMNO...bawa-bawa lah muhasabah diri. Melayu tak mudah ditipu lagi. Dialektik akan terus berlaku dan politik akan terus berubah mengikut peredaran waktu. Kepada Cik Baba konek-winner-coolman yang gemar kata "Malay pig" tu. Apakah gerangannya Cik Baba kita melatah sedemikian? Sedarlah Cik Baba bahawa hikayat dan surah ala Lee Kuan Yew "pisang" itu sudah tak laku lagi.

Taiwan dan Singapura dua negara contoh Cik Baba itu pun majoriti bukan penduduk asal. Orang Asli di Taiwan itu spesis Melayu juga dan ditindas Cina Han. Di Indonesia dan Filipina juga ada juga Orang Asli Negrito. Melayu Indonesia dan Filipina pendatang juga?

Amboi! Peliknya sejarah Melayu utara Semenanjung itu ratusan tahun lebih awal sebelum sejarah Melayu Sriwijaya bermula 1000 tahun dulu. Sedarlah Cik Baba hidupnya Melayu tidak hanya EKUITI semata-mata. Ada tanggungjawab budaya dan sejarah yang panjang di bahu mereka..kerana itu Melayu Semenanjung tidak akan ke mana-mana kerana darahnya sudah sebati dengan tanah. Sedarlah Cik Baba bahawa di mana-mana negara anak pribumi memang malas.

Lihat saja anak pribumi tanah besar China yang bekerja di kilang-kilang, amboi malasnya bukan main! Tapi tak ada pula yang mengatakan Orang Asli malas. Juga tak ada pula sesiapa yang menceritakan pendatang Melayu di Afrika Selatan tersangatlah rajinnya. Sedarlah Cik Baba bahawa baiknya hati Melayu itu memang tak terperi hinggakan: "Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran"

Kalau di Korea atau Jepun pasti Cik Baba tak dapat ekuiti seperti yang Cik Baba dapat sekarang walaupun manusianya hampir sama spesisnya dengan Cik Baba. Akan hilang lah sifat "pisang" Cik Baba kerana mengikut rentak arus ekonomi dan budaya manusia di situ. Alahai bersabarlah Cik Baba, perjalanan kita masih jauh. Sekali lagi, bersabarlah Cik Baba sayang, janganlah melatah kerana tanahair sedang mengalami perubahan. Sekian dan salam hangat dari Melayu peranakan Orang Laut Selat Melaka

9.Anonymous said...

Sudahlah dgn anggapan KETUANAN sesuatu bangsa, adilkah undang2 digubal mengikut warna dan bangsa? Yang perlu di pertahankan adalah undang2 dan peluang yang adil untuk memberi harapan kepada yang miskin untuk menukar nasib. Yang kaya untuk terus menyumbang. Kepada yang asyik cut and paste "malay pig" itu kepada beberapa forum, kalau anda adalah bukan Melayu maka bodohlah otak kamu, jikalau anda adalah Melayu maka hati kamu tentunya tersangat kotor.

10.Anonymous said...

Kembali kepada ajaran islam sebenar. Berapa banyak Melayu Islam yang tak tahu mengucap dua kalimah sahadah? Mengaku Melayu Islam tapi tak takut melakukan maksiat. Ada pula Melayu yang dah tak mengaku Islam. Ini salah satu punca bangsa ini akan musnah.

Berapa banyak yang tak takut meninggalkan solat? Solat tu tiang agama, Melayu Islam dah berani ingkar suruhan Allah. Jati diri Melayu Islam runtuh bila tidak mengerjakan solat. Macam mana nak pertahankan Melayu kalau Islam dalam dirinya dah ditinggalkan, maka wang dan harta adalah segalanya sehingga lupa maruah bangsa, agama dan negara dah tergadai. Bila solat berani ditinggalkan, tak kan nak berpuasa pula.

Melayu Islam sekarang ni dah tak hairan bila melihat Melayu Islam yang lain makan di khalayak ramai. Bangsa lain pun tahu puasa ramadhan wajib bagi umat Islam, tapi kenapa langgar perintah Allah. Undang2 Allah berani dilanggar, tak hairan kalau undang2 sekarang akan digubal supaya mudah Melayu Islam hancur. Wang berbilion, mahligai indah, emas berkati masih lupa nak tunaikan zakat. Melayu Islam yang kaya semakin kaya, entah punca pendatan halal atau tidak, yang miskin akan terus cium kaki yang kaya. Bangsa sendiri sanggup ditindas dan diperbodohkan. Berapa ramai yang telah menunaikan haji, sehingga berkali-kali dan tak cukup dengan umrah berkali-kali. Tapi masih hulur wang untuk dapat projek. Bangsa ini akan musnah, percayalah... Kembalilah kepada ajaran Islam sebenar.....

11....

Tetapi saya rasa Ketuanan Melayu memang dipertahankan didalam Perlembagaan, sebab tu banyak negeri-negeri mempunyai peruntukkan untuk melantik MB Melayu... Dari segi hak nie, ianya tertakluk kepada undang-undang la dan sejauh mana kita mampu pertahankan hak orang Melayu... Kita sudah bagi 50 tahun mandat untuk UMNO, tapi masih tak mampu nak majukan Melayu... Jadi apa maknanya? TDM sudah pegang 22tahun pun masih tak mampu nak tingkatkan penguasaan ekuiti orang Melayu... Jadi salah siapa? Salah orang Melayu yang memang slow, atau salah pemimpin UMNO yang cuma pentingkan perut sendiri aje atau ade sebab lain..

Saya rasa kena kaji balik cara hidup kita, mungkin sikap dengki, tamak dan suka kemewahan tu sudah memakan diri dan menyebabkan kita orang Melayu menjadi lemah... Mungkin orang Melayu kena kembali hidup sederhana yang terkenal dengan gotong royong dan tolong menolong....

12.Anuar Mohd Nor said... komen yang dipadamkan Komen yang dipadamkan adalah kerana komen2 tersebut menggunakan perkataan nista yang tidak membantu dalam siri diskusi ini. Berbincang secara berhemah untuk sama2 mendapat faedah darinya. Sekian

13. Anonymous said...

assalamualaikum..... Menarik sungguh isu yang dibangkitkan "Bumi dipijak Milik Orang"sebagai melayu amat merugikan jika berfikir secara emosinal.Sebenarnya sebelum PRU 12 memang telah ada perbincangan tentang ketuanan melayu.Mungkin saudara terpengaruh dan terperangkap nada-nada pembangkang yang yang cemuh kerajaan sedia ada ketika itu BN.

Ingatlah isu-isu korupsi segelintir pemimpin BN bukan la alasan yang benar-benar kukuh yang menyatakan keseluruhan kerajaan adalah korupsi.Cuba lah lihat apa kebaikan kerajaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kepada melayu.Saudara-saudara membesar dan makan pun adalah hasil bantuan dari kerajaan. yang belajar di universiti ada bantuan dari kerajaan dan sebagainya.Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang hasil dari kecekapan pemimpin kita.Jangan kerana seekor nyamuk kelambu dibakar.

Ingat lah kemusnahan empayar kesultanan Melayu Melaka dahulu bukan kerana Portugis tetapi kerakusan merebut kuasa di kalangan pemimpin melayu hasilnya kita dijajah selama 400 tahun. Tak usah lah kita menyalahkan orang lain.isu-isu negatif yang dimainkan ketika PRU 12 hanya memerangkap pengundi yang tidak mempunyai fikiran yang rasional.

14. Anonymous said...

UMNO telah memerintah Malaysia lebih setengah abad - Suku abad pertama mereka jujur, suku abad ke-dua UMNO dah hilang arah... Membujur lalu, melintang patah, hanya duit, kekuasaan, rumah besar (Rumah 7 juta dato Z sebagai contoh)... untuk kroni dan keluarga. Harta dan duit negara, majlis perbandaran dianggap sebagai duit sendiri dan keluarga. Mana duit minyak bertrillion ringgit pergi. Duit lesen monopoli gula, FOMEMA, judi, transport, IPP, highway, AP... terbang ke mana? Hasil jualan tanah kerajaan di KL (Tapak lumba kuda), tanah kementerian pertahanan KL dan Cameron Highland, Padang golf di Cameron Highland, hasil balak...

Sedih sungguh? Nasib baik Kelantan tak jatuh ke UMNO. Tahniah atas kecerdikan anak kelantan yang balik mengundi - terduduk ahli politik dibuatnya. Kalau tidak habis tanah kelantan melalui ECER dijual. Habis tanah padi di kedah akan dijual. Tanah johor macam mana? Nasib baik rakyat sedar dari ulikan mimpi manis, dalam PRU-12 dan sempat memperlahankan penjualan hak melayu. Apabila datang ajal, harta dan kekayaan anak adam semuanya ditinggalkan kecuali tiga, iaitu... Apabila datang ajal untuk UMNO apa yang mungkin boleh mereka tinggalkan?

1.Hak petrol rakyat terengganu pulangkan. Tidakkah 90% rakyat terengganu melayu? Buat apa memperkayakan Patrak Bad - Dia dah kaya.

2.Bersihkan nama kaum Melayu - kebanyakan mereka tak bersalah. Senarai semua pemenang kontrak di seluruh Malaysia. Hanya beberapa nama Melayu sahaja yang telah mendapat beribu kontrak yang bernilai beratus bilion. Kehancuran UMNO hampir pasti datang dalam PRU-13 ni. Sedihnya, saya juga ahli UMNO tapi tak sempat kaya...he he he... Jangan bersedih - La Tahzan. PAS akan mempertahankan apa yang hak (Selagi tuan guru ada?). Sekurang-kurangnya untuk 25 tahun akan datang - samalah seperti UMNO (Sebenarnya PAS juga teruk semasa dato Asri dulu).

15. Anonymous said...

Mengapa hanya UMNO sahaja yang boleh memperjuangkan hak Melayu? Apakah tidak ada parti yang lain boleh memperjuangkan kemajuan untuk orang Melayu? Kalau kesejahteraan Melayu hanya terletak ditangan UMNO sehaja, maka habislah masa depan orang Melayu. Melayu tak ada harapan lagi.

16. Kzman said...

hanya umno sahaja yang boleh menperjuangkan nasib melayu. Kerana umno lah kita merdeka,kerana umno la kita menikmati kemakmuran hingga kini.walau pun ada Gerakan,MIC,MCA tapi perlu ingat ketuanya masih Melayu lagi dalam Barisan Nasional.Isu-isu yang kecil diperbesarkan memerangkap kekuatan pemikiran melayu,Jika kita sentiasa melihat kepada keburukan orang lain tanpa kebaikan yang dilakukan ini tidak adil.

Adakah dengan isu rasuah,harga barang naik,komisyen dan lain-lain sanggup kah kita menyerahkan kuasa politik kita pada orang melayu yang bersongkokol dengan orang bukan bumiputera yang terang-terang menentang keistemewaan orang melayu.berfikiran waras la orng melayu....jangan ikut hati nanti mati.

17. Anonymous said...

Assalamualaikum, Rumusan saya;

1] Memang benar pendapat bloggers di sini bahawa Isu Ketuanan Melayu sengaja di gemburkan oleh UMNO. Sebabnya kerana Tuan-Tuan Besar dalam UMNO ibarat cacing kepanasan sekarang ini selepas PRU12. Dimana Keikhlasan mereka? ...apabila sudah tersepit baru teringat nak bincang dengan PAS & PKR. Lupakah mereka bahawa PAS & Kelantan & ketika PAS memerintah Trengganu apa yg mereka lakukan? Bukan kah mereka2 ini hampir kesemuanya Melayu. Berbeza dgn Kaum Cina... pemimpin mereka walau dalam politik berlainan Parti tapi dalam isu2 yg menyentuh kepentingan kaum mrk ..contoh isu2 Pendidikan, mereka bersama & senada dalam perjuangannya !

2] Pemimpin2 UMNO baik yang Tertinggi hingga Ketua cawangan semuanya harus bertanggung-jawab. Bukan kah Politik Wang memainkan peranan utk mereka berkuasa. Jgnlah nak bersandiwara...boleh kah seorang yang Berpendidikan, Berbakat, Jujur & Beragama dan seumpamanya boleh menjadi pemimpin UMNO baik di peringkat mana pun tanpa ada peranan WANG..WANG....WANG.! Kalau tuan2 tak percaya dalam PRU ke 13 nanti cuba jangan di taburkan wang kepada sesiapa shj...kita tengok berapa batang tiang & bendera terpacak? Ini amat berlainan sekali dengan PAS umpamanya...bahkan ahli2 & penyokongnya sendiri ikhlas membantu malah keluar duit dari poket sendiri. sedarkah ahli2 UMNO semua. Bukankah Rasuah & Politik WANG dah jadi asam garam yang sebati dalam UMNO? Bagaimana mungkin bangkai Gajah disembunyikan !

3]Sudah 50 tahun lebih UMNO Melayu memerintah. Sepatutnya kadar kemiskinan Melayu tegar & yang merempat sepatutnya hampir sifar. Lihat sahaja keadaan Kemiskinan Melayu terutamanya di Pulau Pinang & Trengganu umpamanya. Bagi saya sebabnya jelas. Siapa yang membolot kekayaan negara ini? Bukankah pemimpin2 UMNO & Kroni2nya & kaum keluarga mereka sahaja. Tanyalah mereka yang berniaga terutamanya..baik kontraktor kecil, peniaga jalanan, syarikat2 kecil & sederhana dsb. Tanya mereka bagaimana proses nak dapat tender, projek, kontrek, nak membekal ke pejabat kerajaan yang rata-ratanya diterajui Ketua2 Melayu, anda pasti mendengar perkataan-perkataan ini...DUIT PELINCIR, UNDER COUNTER, TABLE MONEY, KOMISEN, PERSEN, HABUAN DSBNYA. Yang membezakan hanyalah amaun shj. semakin tinggi nilai Kontrek semakin tinggi lah ia.

Siapa yang patut di salahkan dalam perkara ini???? Bukankah pemimpin-pemimpin UMNO?

4] Rumusan terakhir saya ialah sudah lebih 50 tahun kita beri peluang. Tapi harapkan pagar, pagar makan padi. Saya meminjam kata2 Tun Dr Mahathir yang di tujukan kpd Pak Lah. I am a Doctor...if I found that the patient leg is Gangrene, I will cut it !

Begitulah juga gambaran keadaan UMNO sekarang ini yang sedang parah dan membusuk. 4] Orang Melayu perlu BIJAK BERFIKIR terutamanya ahli-ahli UMNO. Apa salahnya berjinak-jinak dgn PAS & PKR. Bukankah mereka juga ISLAM & MELAYU majoritinya. Salah kah aku untuk BERUBAH & MENCUBA yang Alternatif sekiranya ubat yang aku gunakan selama ini telah menyebabkan kakiku semakin membengkak? Atau perlukah aku teruskan juga sehingga kaki ku telah membusuk dan tidak mungkin terubat lagi???? FIKIR-FIKIRKANLAH !

No comments: