Thursday, June 5, 2008

Lagi pasal minyak naik...Shahrir bagi tahu kenapa minyak naik...


(gambar: kabinet yang memutuskan kenaikan harga minyak...bijakkah mereka?)

Aku copy artikel ini bersekali dengan komen-komen pelayar dari blok "barakah perjuangan".....



Akhirnya hadiah terbesar diterima oleh seluruh rakyat Malaysia samada yang undi PAKATAN RAKYAT atau pun BN selepas PRU12……Minyak petrol naik 78 sen dan minyak diesel naik RM1.00……….UNDI BN=BARANG NAIK. UNDI PAKATAN RAKYAT=PRICES REDUCE?

Tidak tertahan kerajaan pimpinan Pak Lah menanggung beban akibat kenaikkan harga minyak yang berterusan walaupun harga makanan ruji (beras) telah dinaikkan harganya.

Budget dan perbendaharaan negara untuk projek pembangunan berbanding pemulangan hasil mahsyul Negara kepada rakyat secara langsung memberikan tekanan paling kuat kepada Pak Lah dan pendokongnya. Selama ini selepas RMK 9 dilancarkan para pendokong Pak Lah dan yang sewaktu dengannya telah memasang angan-angan besar dengan janji peruntukkan budget pembangunan bernilai berbilion Ringgit.

Dalam wawancara Buletin TV3 (8.00 malam 4/6/2008) Dato’ Shahrir Samad memberitahu tujuan sebenar mengurangkan subsidi minyak ini adalah untuk menampung kos pembangunan Negara...... Inilah jawapan paling ikhlas Dato' Shahrir berhubung kenaikkan harga minyak

Apakah hasil minyak semata-mata digunakan untuk menampung kos pembangunan yang mega dan terlampau

Setakat yang kita nampak projek awal RMK 9 yang telah diadakan seperti monument masjid di Kuala Terengganu, PKZ yang hampir menjadi gajah putih, Islam Hadhari yang diharamkan oleh kerajaan Selangor, Wilayah Iskandar (UNTUK SIAPA?), Koridor Pantai timur, Utara dan apa saja yang bukan menjanjikan peluang asas kepada rakyat dalam jangka segera dan sederhana. JANGKA PANJANG TIDAK PASTI LAGI………kerana terburu-buru, lihatlah, apa terjadi kepada PKZ.

Gaji sector swasta yang tidak diperdulikan. Pekerja pengeluaran di kilang semiconductor hanya bergaji pokok dalam lingkungan RM500 berbanding pekerja am baru 4ke 5 tahun boleh meraih gaji RM1500 ke atas.

Kerajaan amat tidak memperdulikan nasib rakyat. Beban demi beban dihempaskan ke atas kepala rakyat. Segala isu yang berlaku berhubung kepentingan rakyat tidak ditangani dengan baik.

Kenaikkan harga minyak masak, kenaikkan harga tepung, kenaikkan harga beras (melalui pengurangan subsidi) dan terkini menaikkan harga minyak (kurangkan subsisdi) terlalu mendadak adalah sesuatu yang amat tidak wajar sama sekali.

Pengurusan Petronas milik kerajaan yang diurus secara korporat menerima limpahan pulangan berlipat kali ganda kesan kenaikkan harga minyak.

Tetapi sayangnya, beratus juta malah mencecah berbilion Ringgit dibelanjakan selaras urus cara korporat untuk imej, sukan, penajaan dan perbelanjaan yang bolehkah ketelusannya dipertikaikan.

Walaupun ia tidak dimodalkan oleh individu atau pun penyertaan saham awam, pemulangan hasil kepada kerajaan hanya bergantung kepada pengurusan yang telah bertahun-tahun berakar di sana. Bagaimana boleh menilai perubahan dan pengurusan yang lebih baik hasil mahsyul Negara dan harta Negara/rakyat.

Jika sector korporat boleh menilai teraju kepimpinan dalam kurang lebih setiap 5 tahun, mengapa kerajaan membiarkan pengurusan penting Petronas diterajui oleh mereka yang sama sehingga menunggu pencen (usia tidak terdaya).

Kita menghargai jasa bakti mereka yang awal di Petronas tetapi jawatan dan keputusan penting adalah perlu untuk memastikan segalanya lebih baik khususnya nikmat yang boleh dinikmati rakyat dari hasil kenaikkan harga minyak.

Oleh itu banyak lagi GLC yang boleh menukar ganti dan memberikan pendedahan kepada muka baru di kalangan pengurusan tertinggi antara satu sama lain.

Tanpa penstrukturan atau pun pemantauan langsung bolehkah rakyat menikmati kenaikkan harga minyak yang amat menguntungkan Petronas? Rakyat pula perlu membayar harga yang mahal untuk kos bahan api ini. Seolah-olah dipecahkan tiga entity, kerajaan, rakyat dan Petronas yang tidak boleh mengalirkan keuntungan bersama secara langsung.

Petronas pula bagai mendabik dada kami menyumbang beratus Bilion kepada kerajaan walaupun itu hak Negara dan rakyat.

Kenaikkan harga bahan api ini seolah lebih bersifat masuk saja, kira keluarnya pula usah di perdulikan. Ini semua masalah rakyat.

Jangan sampai jadi macam MAS, lingkup semasa diterajui oleh konglomerat terhebat. Ketika itu pernah diberitakan nilai sekeping lukisan digantung dalam pejabat sahaja mencecah jutaan Ringgit.

MAS diselamatkan oleh bukan kroni politik, tetapi oleh profesional yang amat berwibawa IDRIS JALA. dalam masa yang singkat.

Mengapa mantan PM, Che Det dan anaknya menghemtam dan menolak kepimpinan Pak Lah tetapi amat berminat dengan jawatan penasihat Petronas.

Kita tahu dan sedar Che Det memang berpengalaman besar dan pakar dalam mengutarakan plan pembangunan projek mega,.

Apakah projek mega yang berkaitan Petronas yang akan atau sedang dinasihatkan oleh Che Det dalam kesengsaraan rakyat ditimpa beban sara hidup yang tinggi.

Kerajaan BN boleh meletakkan bidang kuasa ke atas Petronas ini di bawah PAC (Jawatankuasa ira-kira wang Negara) untuk tugas pemantauan dan ketelusan.

Usul yang pernah dikemukakan oleh parti pembangkang supaya Petronas diletakkan di bawah parlimen ada benarnya.

Mengapa kerajaan takut untuk menangani isu hasil Petronas secara berhemah dan terbuka? Apa yang perlu disembunyikan....?

Dalam isu harga minyak ini, wang dari hasil ekspot minyak mentah tiris @ Pak Lah dan kabinetnya yang jadi isu sebenar?

Berdasarkan kepada tulisan chedet di dalam blognya jelas sekali langkah Pak Lah dan kabinetnya songsang.......sila rujuk kepada:


Petikkan harga minyak naik terlampau (Naskah asal tanpa editing-cuma highlight)


Apa jaminan kerajaan yang harga barang tidak akan naik. Rata-rata pengilangan dan sistem penghantaran memerlukan bahan api…….

Contoh kenaikkan harga ketara dan melampau: Kalau dulu harga susu pekat yang dijual di pasaraya-pasaraya termuka Cuma beharga RM1.69. Selepas minyak dinaikkan 30 Sen harga susu ini melambung kepada RM2.59. Berapakah harga susu pekat ini jika minyak petrol naik 78 Sen dan diesel naik RM1.00?

Sama-sama kita tunggu berapa % sebenarnya kenaikkan harga barang makanan......! Apa jerit pekik rakyat selepas ini....

Posted by zack at 10:56 AM

Komen-komen:10 comments:

1. tengku said...
Pemimpin ingat rakyat ni buta dan bodoh ke???!!!! sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua...

June 5, 2008 12:20 PM

2.Born2Reign said...
Now that the govt does not need to subsidise the rakyat for fuel good news! No personal income taxes!

Subsidies are paid from our tax money and from BNM printing more money. Since Zeti is not printing more RM, then subsidies are paid from our taxes. So since govt slash fuel subsidy, then we don't need to be tax anymore!

In fact those earning above RM5000 pa are not taxed. Please! A beggar earns more than that in a year! Declare no personal income tax for those earning above RM500k pa. Only tax companies and the ultra-rich.
Then we'll know that our IRB is fair to the rakyat.

Imagine how much taxes Najib can pay to IRB from his commissions, compared to 100 working class Malaysians. Let IRB do some REAL work for once instead of robbing the rakyat.

RM500k income tax 2%
RM1 mil tax 5% and so forth.
Tax all the Ali Babas, Samy Vellu cos, Najib, PM, KJ cos., Petronas, MAS, developers - they have lots of "profits" for 22 years...

Declare no more personal income tax!

June 5, 2008 12:37 PM

3. Born2Reign said...
Correction..No personal income taxes for those earning below RM500k pa

June 5, 2008 12:40 PM

4.nina najwan said...

Kalau terlalu sukar untuk meneruskan subsidi kepada rakyat, serahkan saja keraajn ini kepada Pakatan Rakyat.
Kalau subsidi tak perlu lagi, maka cukai pendapatan juga tak perlu lagi, mansuhkan saja cukai rakyat. Tak perlu juga cukai untuk membeli kereta dan motor, jual saja pada harga pasaran, bukan harga campur duti.
Hapuskan saja tol di semua lebuh raya. Kalau tak cukup duit nak buat jalanraya, apa perlunya projek mega dan mewah untuk segelintir manusia? Monsoon Cup tu terlalu penting untuk rakyat? Lumba kereta itu terlalu penting? Iklan hari raya petronas berharga tinggi itu sangat penting? Apa tanpa iklan petronas tidak dikenali, atau sekadar ingin beri business pada Yasmin Ahmad? KLCC, SIC, koridor2 Dollah, apa semua inio penting untuk rakyat? Banayk ke peluang kerja untuk rakyat biasa? Kenapa tidak guna saja wang itu untuk tolong yang terlalu ramai yg masih papa kedana?
Dollah, kalau tak mampu, turun sajaLah.

June 5, 2008 3:05 PM

5. mob1900 said...
Kos Pembangunan Negara dengar khabar melibatkan pembelian Kapal Angkasa kapur Russia!

Aku ni pun dah mati akal cam mane nak jimat kos. Gaji dahlah rendah, makan pun setakat 2x sehari. Nak ubah cara idup cam mane? Baik ubah erajaan!

June 5, 2008 5:10 PM

6.Ronson said...

While I agreed that BN has been mismanaging the country's funds, I do not support the continued fuel subsidies as oil is a finite resource, non-renewable and will run out sooner than you think.

It doesn't help either that our subsidized fuel has been easily smuggled out as immigrants smuggle themselves into Malaysia.

June 5, 2008 6:35 PM

7.INSTINCT said...

I seconded you mob1900... baik ler ubah kerajaan dari ubah cara hidup.. he he he

June 5, 2008 6:53 PM


8.Anonymous said...
Discrimination69,

I partly agree with Ronson the subsidies should be abolished. Subsidies does not support economic growth but make people complacent and lazy.

In Malaysian context, if subsidies are withdrawn then the monies saved only goes into cronies hands via corruption. So what choice do we have as rakyat to benefit a little from God sent resources? Better to give out as subsidies rather than create more crime amongst the hungry and desperate lower ranks than feed the disease of UMNO corruption.

Many areas of governance need total revamp to make rakyat more resilient to recession and inflation. This is the sad scene in Malaysia.The increase is too drastic and steep.

Today nasi lemak kosong was sold at rm2 a packet. You really think crime will be reduced when people get hungry?

Im surprised that Sharir with an MBA qualification cant foresee the economic catastrophe when dismantling the petrol subsidy so drastically?

Our problem is not subsidies but CORRUPTION!

June 5, 2008 7:09 PM

9.zuhairy said...

Tu laaa, dulu parti pembangkang dah warning harga minyak akan naik selepas pilihanraya. Anwar Ibrahim bagi tawaran turun harga minyak pun tak berapa nak layan.

Memang bodoh dan bahalul la sapa yang undi BN dan yang jadi pengundi hantu untuk BN. Kerana RM50, kita semua derita!

June 5, 2008 7:24 PM

10.Anonymous said...

I used to respect this Sharir guy but now I realised he is no different from those devils who will not hessitate to lie, steal, rob and do evil things to enrich themselves while without blinking lie to the suffering people. Sleep well, Dato' Sharir.

June 5, 2008 7:42 PM

No comments: