Wednesday, June 25, 2008

Musang berbulu ayam

Dari Tranungkite.net

Dalam keadaan rakyat tertekan dengan keadaan kos sara hidup semakin meningkat, saya sungguh kecewa apabila kerajaan yang semalamnya pada 23 Jun 2008, bermula pukul 10 pagi melalui wakil-wakil rakyat BN melaung-laungkan betapa kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi sungguh prihatin, amanah, bertanggungjawab dan adil untuk menangani permasalahan rakyat.



Masalah ekonomi sekarang bersifat global maka Kerajaan tiada pilihan lain selain terpaksa menaikkan harga minyak. Kononnya semuanya telah difikirkan semasak-masaknya dan beberapa langkah telah, sedang dan akan diambil untuk menolong rakyat. Berkokoklah si menantu yang kononnya hebat dengan hujah-hujah ekonomi tetapi semuanya kosong. Pembelit, perompak, pemfitnah dan hipokrit!!! Bak Musang berbulu ayam atau Ada Udangkah di sebalik Batu?


Sedar tak sedar, pada detik yang sama, iaitu pada 23 Jun 2008, pukul 10.04 pagi, satu pekeliling telah dimuatkan di Laman Web JPA bertajuk “Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/2008 Pindaan Kadar Imbuhan Tetap Jawatan Gred Khas dan Imbuhan Tetap Keraian Bagi Jawatan Gred Khas –{Artikel ini dikirim pada hari Isnin, Jun 23rd, 2008, 10:04 am dan difailkan di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan.

Kumpulan Gred Khas A mendapat kenaikan elaun sebanyak RM750.00 menjadikan jumlah elaun Imbuhan tetap dan elaun keraian sebanyak RM 6500.00 sebulan. Gred Khas B mendapat kenaikan RM700.00, menjadikan RM4550.00 sebulan sementara Gred Khas C mendapat kenaikan sebanyak RM550.00 menjadikan jumlah dua elaun berkenaan sebanyak RM3500.00 sebulan. (Ingat: ini baru hanya elaun, belum lagi Gaji pokok campur elaun-elaun lain lagi)....alahai lumayannya puak-puak mereka. APAKAH MEREKA INI TERLALU HEBAT? APAKAH KEBANYAKAN MEREKA LULUSAN PHD.? ADAKAH MEREKA NI SEMUA PANDAI-PANDAI?...

Nah apa rasionalnya Kerajaan berbuat demikian. Siapakah mereka ini yang menyandang jawatan Gred Khas? Pembantu Am Rendahkah mereka ini? Penghantar suratkah mereka ini? Jurutaipkah mereka ini? Pegawai Eksekutifkah mereka ini? PA Pegawai Daerahkah mereka ini? Gurukah mereka ini? Kalaupun Kerajaan nak samakan kadar elaun mereka dengan penjawat jawatan Gred Utama A, B dan C, langkah ini, pada waktu ini, sangat menghiris perasaan rakyat marhaen macam saya. Kenaikan antara 550 – 1200 yang akan diterima mereka ini setiap bulan mulai 1 Julai 2008. Bukankah mereka ni dapat kereta percuma, minyak percuma, tol percuma dan banyak lagi benda percuma yang kita tak tahu termasuklah pelbagai elaun lagi? Makan duit elaun pun tak habis. Nak kisah apa puak-puak ni. Semuanya percuma. Cuci tangan. Naiklah minyak setinggi mana pun apa mereka kisah!!!! Hai baru semalam permohonan kenaikan gaji 100% pegawai kanan GLC ditolak Kerajaan tapi tup-tup pada hari yang sama ada pula pekeliling baru untuk pegawai tinggi kerajaan. Hebat Kerajaan Abdullah. Kalau ikutkan pengetahuan sayalah, puak-puak Gred Khas C ni semuanya daripada kalangan pegawai-pegawai yang dah bersara, yang dilantik semula. Dahlah gaji dan elaun berbelas atau berpuluh ribu, itu tak dikira pencen lagi. Geng-geng ini juga mungkin dari pihak swasta yang dilantik secara kontrak seperti untuk menjadi penasihat kepada menteri. Atau yang lebih saya faham dari akal rakyat marhaen macam saya, puak-puak ni bapak menteri atau kroni-kroni menteri yang bawa masuk macamlah geng-geng di tingkat 4 tu. Walahuallam.


Sedangkan, pada masa yang sama rakyat digula-gulakan. Rakyat marhen dapat geran bantuan 150 dan 625 setahun. Itupun untuk tahun ini sahaja. Itupun belum tentu semuanya dapat kalau tidak ada masalah teknikal atau masalah pendaftaran kenderaan. Pada masa yang sama, maka berbondong-bondonglah rakyat pergi mendapatkan motosikal untuk menjimatkan kos pengangkutan. Siapa yang kaya????? Maka dibenarkanlah lebuhraya-lebuhraya seperti di Putrajaya dibuka semula untuk penunggang motosikal. Maka berduyun-duyunlah rakyat marhaen bermotosikal. Dikisahkan di Jambatan Pulau-Pinang sekarang sesak dengan motosikal kerana rakyat marhaen mula pandai berjimat cermat. Nah, di mana Prof Ir. Raden Umar kita? Sibuk sangatkah di Jabatan Pengajian Tinggi? Mana komen MIROS? PDRM@KPN? Ketua Bahagian Trafik Bukit Aman? Kalau dulu, hari-hari ada komen tentang keselamatan rakyat terutamanya penunggang motosikal. Penunggang motosikal ni ibarat meletakkan nyawa dihujung tanduk. Wahai rakyat!!! Cuba cari alternatif lain untuk bergerak!!! Naiklah pengangkutan Awam!!! Jangan naik motosikal!!! Penunggang motosikal penyumbang utama kematian jalanraya!!!.Tapi sejak harga minyak melambung tinggi, nyawa rakyat dah tidak dipedulikan lagi. Mana dia nasihat-nasihat berbunga-bunga sebelum ini? Itulah nilai nyawa rakyat marhaen. Lagi ramai rakyat bermotosikal, lagi baguskan! Jimat duit kerajaan. Bayar 150 aje. Tak payah 625. Boleh jimat lagi. Boleh buat pembangunan mega lagi. Aduh Aduh Aduh!!!!! Makin banyak dapat hasil makin lokek Kerajaan. So yang sokong usul seramai 129 orang semalam tu, semuanya HIPOKRIT.


Jadi, tolong jawablah Abdullah dan rakan-rakan BN? Itu kita tak tengok dari perspektif hubungan kekeluargaan kita lagi? Apa nak jadi hubungan anak dengan ibu bapa yang tinggal di KL dan Pulau Pinang? Bayangkan kalau tahun 2000, boleh balik kampung sebulan sekali sekurang-kurangnya. Tahun 2004, 3 bulan sekali?, Tahun 2006 bila minyak naik 30 sen, balik 6 bulan sekali!. Tahun 2008 silap-silap setahun sekali. Sebabnya budget lari, minyak naik, tol tinggi, maintenance tinggi. Silap-silap elaun bulanan kepada ibu bapa pun boleh tertunggak. Itu baru KL-PP! Kalau JB- Kangar???? Segalanya mungkin walaupun nampak simplistic macam orang Rembau dan Padang Rengas suka sebut!!! Ini realiti hubungan insan era Hadhari.


Oleh itu kepada wakil-wakil rakyat yang terbaca artikel ini, kalau artikel ini ada nilainya untuk dibangkitkan… Bangkitkanlah jangan sampai bila bangkit nanti … terus kena soal di alam yang satu lagi!!!!!!


Ikhlas,


AAF

No comments: