Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan wanita mendakwa dibogelkan, dicabul dan dicederakan dengan colok oleh tiga konco along di pejabatnya di Cheras, hujung Mac lalu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Madam Tan, 51, mendakwa dia meminjam wang daripada beberapa along bagi tujuan perniagaan dan apabila berjaya menyelesaikan hutang, seorang daripada mereka bagaimanapun tiba-tiba melanggari persetujuan sedia ada serta meminta supaya membayar wang tambahan.
“Dalam kejadian jam 10 pagi itu, saya yang baru masuk ke dalam lif menuju ke pejabat terkejut apabila tiga lelaki bertopi keledar dan bertutup muka secara tiba-tiba menyerang dan mengheret saya ke tangga berhampiran.
“Selepas hampir seluruh badan dibogelkan, mereka kemudian mencucuh kedua-dua lengan termasuk paha saya sebelum bertindak membakar bulu ari-ari serta seluar dalam,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.
Menurutnya, tiga lelaki berkenaan kemudian membakar colok dan memujanya sebelum meraba serta menjolok kemaluannya dengan jari sambil ketawa terbahak-bahak.
“Saya yang merayu agar dilepaskan pada ketika itu seterusnya disimbah dengan tiga botol minyak petrol dan mereka mengugut akan membakar saya.
“Namun, melihat keadaan saya yang hampir pengsan, mereka segera beredar dari lokasi kejadian,” katanya yang kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.
Sementara itu, Michael berkata, dia amat terkejut apabila mendengar aduan mangsa dan kes berkenaan pertama diterimanya sejak 20 tahun mengendalikan kes berkaitan along.
Menurutnya, perbuatan itu dianggap kejam dan kes berkenaan kini sedang disiasat Bahagian Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.
Villadelima:
1. Kenapa Along harus wujud?
2. Tiadakah undang-undang yang boleh menghalang kewujudan along?
3. Apakah kelemahan sistem perbankan sedia ada sehingga along wujud menyaingi mereka?
4. Peka kah kerajaan dengan isu-isu along ini?
5. Apa kerja wakil-wakil rakyat sekarang? Mahu dibiarkan kah along-along ini berleluasa?. Kenapa tak dibincangkan dan diputuskan dasar berhubung dengannya di parlimen?
No comments:
Post a Comment