Ingin saya berkongsi pendapat dengan semua mengenai tindakan kerajaan BN selama ini.
Mengenai subsidi harga minyak dan gas. Telah didendangkan kepada rakyat semua bahawa kerajaan terpaksa menanggung kos subsidi minyak yang tinggi kerana harga minyak antarabangsa yang melonjak naik.
Kami tak faham kenapa? Sedangkan Petronas, shell Dutch Co Ltd dan BP Co Ltd mempunyai kilang pemprosesan minyak dan gas di Kerteh, (Terengganu), Melaka, Bintulu & Miri (Sarawak) dan Sandakan & Labuan (Sabah).
Persoalannya adakah kos pengeluaran domestic meningkat kerana harga minyak antarabangsa melonjak naik?
Formula ekonomi apa yang kerajaan BN pakai. In ekonomi tipu muslihat!!! Saya pernah melawat pusat pemprosesan di Kerteh - luasnya beratus hektar. Adakah ianya tak cukup luas untuk menampung bekalan domestic. Ini dah jadi macam kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Dan mengapa pula tak pernah dikeluarkan kertas fakta hitam putih untuk menerangkan semua ini.
Rakyat berhak untuk melihat bukti mengapa harta rakyat (hasil petroleum) tidak dapat dibelanjakan dengan adil, bukan setakat propaganda di dalam media. Kami nak tengok bukti!!
Hanya kerana kerajaan BN tak cukup wang untuk membiayai tembolok besar pemimpin utama dan kroni, duit rakyat diperah, beban ekonomi dipindahkan kepada rakyat. Biar rakyat fikir macam mana nak hidup sedangkan mereka cekup harta rakyat sesuka hati.
Dan setiap hari media utama mencanangkan kerajaan menanggung beban subsidi sebanyak 53 billion ringgit. Jangan cakap saja, tunjukkan buktinya juga. Mana journalnya, mana buku akaunnya, balance sheetnya. Kami bukan nak dengar berita je, kami nak tengok bukti...!!!
Begitu juga dengan isu kenaikan harga beras, dicanang dalam media kerajaan menanggung subsidi sebanyak 700 juta lebih untuk harga eksport. Diberitahu juga bahawa harga beras import naik daripada RM1700 per tan kepada RM2300 per tan. Naik sebanyak 35%. Tetapi mengapa harga beras di pasaran Malaysia naik sebanyak 70%. Dahulu harga beras Jasmine untuk 5 kg adalah sebanyak RM10.00, tetapi sekarang ni dah RM17.00
Persoalannya dimanakah kos subsidi itu, kalau harga dah jadi macam ni. Kat mana kos subsidi kerajaan... nak menipu lagi ke?? Kalau betul kerajaan tanggung subsidi harga beras sepatutnya lebih rendah daripada RM13.00.
Kami sekarang ni sudah tak percaya dan tidak mengharap apa-apa dengan kerajaan BN, cuma harap supaya ia diganti oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, insya-Allah.
Saudara Pengarang,
Setakat ini sajalah yang sempat saya kongsi untuk hari ini dan di akhir bicara saya haramkan setiap sen yang saya terpaksa belanjakan untuk menanggung beban penipuan ini. Tanggunglah dosa ini dunia dan akhirat, semoga Tuhan menunjukkan bukti kekuasaannya di dunia ini kepada mereka dan neraka jahanamlah balasan untuk mereka semua. Aminnn.
Yang menulis...
Zul
31.05.2008
Villadelima:
1. cara mana subsidi dibayar kerajaan??????..
Saturday, May 31, 2008
Wednesday, May 28, 2008
Lelaki tergemuk didunia
Tuesday, May 27, 2008
Saturday, May 24, 2008
Kerana surat ringkas ini....
gambar salinan surat (sumber ahmadhadeed,tranungkite.net)
24 May, 2008..
Mahkamah keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berpusat di The Heague, Belanda telah memutuskan bahawa Pulau Batu Putih yang dipertikaikan kini menjadi hak milik Singapura. Antara fakta yang diambilkira semasa membuat keputusan berkenaan adalah surat ringkas dari Setiausaha Kerajaan Negeri Johor kepada Setiausaha Kolonial British di Singapura pada tahun 1953...
Kalau lebih panjang surat tu, agak-agaknya sebahagian Pantai Timur Negeri Johor pun boleh hanyut...Tapi apalah daya, masa tu negara masih belum merdeka. Semua urusan berkenaan adalah antara British Johor dan British Singapore....
Walau apa pun, mungkin pada masa itu Kerajaan Johor tidak nampak apa-apa kepentingan Pulau Batu Putih kepada negeri Johor.
Kerajaan moden hari ini pun membuat benda yang serupa, sepertimana Kerajaan Selangor menyerahkan Kuala Lumpur dan Putra Jaya sebagai Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Sabah menyerahkan Pulau Labuan kepada Kerajaan Persekutuan. Siapa dapat menjangka apa akan berlaku 100 tahun akan datang..katakanlah berlaku perang dunia ketiga dan negara dijajah sekali lagi. Selepas itu negeri-negeri kembali merdeka secara berasingan, mungkin rakyat Selangor menyumpah-nyumpah pemerintahan kerajaan negeri Selangor dulu kerana "penyerahan" itu...Adat "berumahtangga"..pendek jodoh bercerai berai, nanti adalah yang menuntut harta sepencarian.....satu bini tak susah sangat, kalu dah 4 bini banyaklah masalahnya.....Kerajaan Persekutuan mengandungi 13 Negeri-negeri..(semata-mata khayalan kepala hotak aku jer)..
Thursday, May 22, 2008
Duri dalam daging.....
Dari website Dr.Mahathir..
TDM menulis:
"Saya telah ikuti laporan berkenaan keputusan saya keluar dari UMNO yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 hb Mei. Komen oleh dua pemimpin UMNO amat menggelikan hati saya.
Tun Musa Hitam dakwa saya adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.’
Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.
Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.
Akhirnya pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli UMNO atau tidak.
Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam Pilihanraya Kecil dengan simbol kunci.
Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO.
Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.
Tepuk dulang paku serpih.
Katakan orang awak yang lebih."
Villadelima:
1. Tuduh menuduh seringkali berlaku, tetapi siapa sebenarnya dipihak yang benar, tiada yang tidak benar, melainkan benar belaka ?.......Tun Musa Hitam ke benar atau TDM ke yang benar?.atau samada kedua-dua benar atau kedua-dua tak benar...? kes ni nak suruh siapa siasat untuk cari kebenaran? kau orang tolong cadangkan lah....
2. Aku sempat juga dengar komen Shahrir Samad dalam berita TV3. Beliau kata dakwaan Tun Mahathir tak tepat, sebenarnya beliau tidak keluar UMNO sebaliknya "tidak diterima" untuk menyertai UMNO(baru)....siapa yang betul ni?..alahai Melayuku... .
Tolong jangan hina Mahathir.....
Maka arakiannya aku siarkan satu tulisan Hishamuddin Rais yang aku petik dari blog Amin Iskandar@Black...
Perspektif aku dalam tulisan Hishamuddin ni adalah sekadar sebuah cerita dongeng rakyat disebuah negara dizaman pembentukan glasier beribu abad yang lalu..semua nama-nama watak, nama negeri atau tempat termasuk apa-apa jua jenis-jenis nama dalam tulisan ini adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau telah mati. Jika nama-nama watak ini bersamaan dengan sesiapa atau apa-apa jua yang sewaktu dengannya, ia adalah kebetulan semata-mata..nama penulis hishamuddin rais pun adalah rekaan semata-mata..gambar orang yang sedang nyalakan api rokok pun sekadar hiasan semata-mata...jika nama bagi gambar itu adalah hishamuddin rais yang masih wujud atau telah mati, ianya adalah kebetulan semata-mata
Ceritanya berbunyi begini; Alkisah.......maka tersebutlah kisah.....
"Tiba-tiba saya menerima satu panggilan telefon dari Pulau Pinang. Si pemanggil ialah Bakal Awek saya , seorang Minah cun yang bukan anak Mamak atau anak Mami. Dia memberitahu yang dia baru pulang dari Kedah kerana menghadiri diri dalam satu perhimpunan United Malays National Oganisation yang bersunat dan bukan perhimpunan haram yang tidak bersembelih.
Bakal Awek saya ini telah mengkongfirmkan berita bahawa Tun Dr. Mahathir Muhamad bekas Perdana Malaysia kita semua telah ‘ terberak dalam seluar… opps .. telah meninggalkan parti United Malays National Organisation’.
( Bakal Awek saya ini adalah agen yang saya upah untuk mengekori ke mana sahaja bekas Perdana Menteri kita ini menjelajah) .
Apabila berita itu saya terima maka saya ingin memberi ingatan kepada pembaca dan seluruh warga Malaysia: Tolong jangan hina Tun Dr. Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri kita semua.
Tolong jangan panggil dia Mamak Kutty. Tolong jangan buka cerita asal usul keturunan Keralanya. Jangan beritahu sesiapa pun tentang ‘application form’ nya ke King Edward College di Singapura yang bertulis : Mahathir s/o Iskandar Kutty. Sila jangan minta lihat borang ini yang masih tersimpan di pejabat Tengku Razaleigh.
Beberapa minit kemudian, saya menerima satu lagi panggil telefon. Kali ini dari junior saya di Malay College Kuala Kangsar. Pada pagi cuti Hari Wesak ini junior saya ini ternampak Rafidah Aziz meluru keluar dari kedai dandan rambut. Kasut tinggi tumit Rafidah terpatah. Menurut junior saya ini Rafidah Aziz telah menjerit-menjerit ‘why…why.. sir ? Why did you do this… sir.. ? Rupa-rupanya si pendandan rambut itu telah membotakkan kepala Rafidah.
Junior saya di MCKK ini juga telah memberitahu bahawa Rafidah kini sedang memacu kereta ‘four wheel drive’ nya untuk pulang ke Kuala Lumpur menuju ke Country Heights. Saya difahamkan si Rafidah Aziz ingin ke rumah Tun Dr. Mahathir untuk meminjam rambut palsu Datin Siti Hasmah.
Tolong jangan hina Mahathir
Saya juga menerima satu panggil dari Berlin, kenalan lama saya seorang wartawan di Frankfurter Allgemeine Zeitung ingin mendapat pengesahan - apakah betul Tun Dr. Mahathir Muhamad telah meninggalkan United Malays National Organisation? Wartawan ini juga ingin tahu sama ada laporan AFP yang mengatakan bahawa Mahathir Muhamad akan memasuki parti KIMMA betul atau tidak?
Saya sebagai warga Malaysia yang bertanggung jawab lagi ingin menjaga martabat kemelayuan dan ketuanan Melayu telah mengesahkan dengan sedih medih lagi pilu di hati bahawa memang betul lagi tepat Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty telah meninggalkan United Malays National Organisation. Sayangnya, kemungkinan beliau memasuki parti KIMMA seperti yang dilaporkan oleh AFP itu masih belum dapat saya pastikan.
Tolong jangan hina Mahathir. Dan tolong jangan gunakan ayat-ayat kitab-kitab suci atau merekrut Yang Maha Esa dalam hal ini. Sila jangan hantar sms dengan ayat-ayat berbunyi seperti : Jika tuhan ingin membalas seseorang maka terlebih dahulu dia akan menjadikan orang itu gila.
Tolong jangan ulangi dan jangan disebarkan satu cerita lucah yang berpunca dari Presiden Habibi dari Indonesia. Cerita ini telah tersebar luas pada zaman Reformasi dahulu. Saya anggap ada satu niat yang tidak baik dan tidak sopan di belakang cerita ini. Mengikut Habibi rakyat Indonesia menganggap Sukarno betul-betul gila perempuan. Presiden Suharto dianggap gila harta kekayaan. Manakala Tun Mahathir Muhamad dianggap oleh Habibi betul-betul gila.
Tidak lama sesudah saya menerima panggilan dari Kuala Kangsar ini, saya juga telah menerima satu lagi panggilan telefon dari kawan saya seorang lelaki India dari Sentul. Kawan saya ini seorang anggota MIC yang unggul dengan begitu gembira sekali telah mengulangi berita Tun Dr. Mahathir Muhamad meninggalkan United Malays National Organisation. Menurut kawan saya ini, MIC cawangan Kampung Chu Badak akan mengadakan mesyuarat tergempar minggu hadapan untuk membincangkan hasrat ahli-ahli MIC yang ingin menjemput Mahathir Muhamad menjadi pemimpin MIC dan menggantikan Samy Velu. Ya asal balik usul.
Tolong jangan hina Tun Dr. Mahathir Muhamad. Sedarlah rakyat Malaysia terutama orang Melayu bahawa Tengku Abdul Rahman adalah sebagai Bapak Kemerdekaan kita , Tun Abdul Razak ialah Bapak Pembangunan kita maka Tun Dr. Mahathir Muhamad tidak lain dan tidak bukan ialah Bapak Mirzan kita.
Tun Dr. Mahathir Muhamad adalah seorang pejuang nasionalis bangsa Melayu yang begitu gigih, menangis-nangis dan telah bermati-matian berjuang untuk menaikkan taraf ekonomi bangsa Melayu. Dengan penuh kesedaran dan dengan semangat kemelayuan yang tebal sekali demi untuk menaikkan taraf ekonomi Melayu, Mahathir Muhamad telah meluluskan Akta Tanah yang membolehkan tanah rizab Melayu di jual tanpa di tambah ganti.
Dengan penuh kesedaran, juga untuk membantu ekonomi bangsa Melayu, Mahathir Muhamad telah di kelilingi oleh penasihat ekonomi yang gah lagi hebat. Mereka terdiri dari Ananda Krihnan, Vincent Tan, Lim Goh Tong, Ting Phek Khiing dan Eric Chia. Mahathir dengan bangganya telah membuktikan kepada orang Melayu bahawa seorang pemandu lori dan seorang penjual insurans boleh menjarah dan merompak ekonomi negara jika mereka pandai membodek Dr. M.
Tolong jangan hina Mahathir Muhamad
Mahathir Muhamad adalah patriot yang paling tulus lagi ikhlas. Lebih tulen dan hebat dari Patriot misile yang di buat oleh Amerika untuk menggodam Scud Saddam Hussein. Mahathir dengan semangat yang patriotik telah membuat perjanjian rahsia dengan Caspar Weinberger untuk membenarkan tentera dan soldadu Amerika datang masuk ke Malaysia. Tanpa Tun Dr. Mahathir Muhamad mungkin orang-orang Melayu tidak ada berpeluang melihat soldadu Amerika mendarat di Port Dickson.
Tidak cukup dengan patriotik, jiwa Mahathir Muhamad juga telah di salur pula semangat anti-Amerika yang berkobar-kobar. Mahathir dengan terbuka hati telah menjemput Amerika Syarikat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat ‘anti-terrorist’ untuk negara Asia. Kerana begitu patriotik dan anti-Amerika pusat ‘anti-terrorist’ ini telah di rahsiakan dari pengetahuan rakyat Malaysia dan orang Melayu. Malah ahli parlimen kita juga tidak mengetahui hal ini. Inilah dia jiwa seorang patriot yang cukup anti-Amerika.
Pusat ‘anti-terrorist’ ini cukup rahsia, sehinggakan anak Mahathir sendiri yang bernama Mukriz tidak tahu menahu apa yang telah dilakukan oleh ayahandanya. Dengan bangga sekali Mahathir telah menjemput Amerika untuk menubuhkan pusat rahsia ini. Semangat anti-Amerika Mahathir Muhamad ini begitu kuat sekali. Ini dibuktikan, belum pun sempat runtuhan World Trade Center di New York di baiki pusat ‘anti-terrorist’ ini telah didirikan entah di mana dalam negara kita ini. Ini adalah bukti semangat anti- Haliburton bekas Perdana Menteri kita Tun Dr. Haji Muhamad Mahathir.
Tun Dr. Mahathir Muhamad ialah wira dunia ketika yang betul pro Arab dan anti-Isreal. Dengan senyap-senyap kerana dasar anti-Isreal yang berkobar-kobar, Mahathir Muhamad telah berunding dalam gelap dengan Shimon Peres di sebuah hotel di Paris. Rundingan dalam gelap ini tidak di ketahui oleh anakandanya Mukriz yang pada ketika itu turut bersama di Paris kerana sedang mencari ubat menyubur rambut. Hasil rundingan itu ialah lawatan tim kriket Israel ke Malaysia. Inilah contoh wira dunia ketiga yang pro Arab dan anti-Isreal.
Tolong jangan hina Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri kita semua
Kemelayuan Tun Dr. Mahathir Muhamad ini tidak ada tolok bandingnya. Bayangkan dalam negara kita ada beratus ribu peguam Bumiputera yang hebat-hebat, lihat siapa yang menjadi peguam peribadi Mahathir Muhamad – tidak lain dan tidak bukan orangnya ialah V.K. Lingam. Ini membuktikan : Air di cincang tidak akan putus. Mana gelap kulit Mahathir gelap lagi kulit Lingam. Hanya yang legam yang dapat melegam yang lain.
Kepada sasterawanis, penulis certot dan pejuang bahasa Melayu what is the because you angry-angry. Kita patut berbangga sama kerana Tun Dr. Mahathir Muhamad adalah pejuang bahasa Melayu yang jumud lagi kuat kemut. Lihat bagaimana perkataan belanjawan telah diubah kepada bujet. Inilah contoh keglokalan Mahathir Muhamad.
Ingatilah sampai hari kiamat, tanpa inisiatif imitatif inovatif yang imaginatif dari Tun Dr. Mahathir Muhamad kita yang positif lagi reflektif menjadikan anak-anak Melayu kita hari ini tidak lagi tercicir dalam ‘maths and science’. Sekarang orang Melayu boleh berbangga kerana seorang anak Melayu telah dapat menumpang kapal angkasa komunis Rusia yang tidak bertuhan itu. What is the because you angry-angry dengan Tun Dr. Mahathir Muhamad. You Malay must equal hepi hepi.
So, tolong jangan you shykan dan look bottom Tun Dr. Mahathir Muhamad. Silap-silap nanti dia masuk Tamil Tigers."
..Demikianlah cerita dongeng yang ditulis oleh Hishamuddin Rais....
Wednesday, May 21, 2008
Mendongengkan cerita benar....
(gambar Utusan Malaysia)
Villadelima:(mendongengkan cerita benar)
1. Aku saja cuba-cuba mendongengkan bagaimana rupa hakim yang menjatuhkan hukuman kepada binatang yang menyerang manusia? Apakah Hakim itu rupanya seakan-akan pesalah yang dijatuhi hukuman olehnya?
2. Didongengkan adakah Kaldai itu mengaku salah (Plead Guilty) atau telah melalui proses perbicaraan? Siapa pula yang menjadi Jurubahasa yang menterjemah bahasa manusia kepada bahasa kaldai dan sebaliknya? Siapa pula yang menjadi peguam bela, kaldai ke atau ,manusia?
3. Didongengkan dimana pula penjara bagi kaldai, adakah penjara kaldai berkenaan seakan penjara Sungai Buloh ker atau macam Guantanamo ? Siapa yang mendapat kontrak membekal makanan kaldai kepenjara kaldai? Kaldai ke manusia?
4. Didongengkan aku menjadi tak heran jika Kaldai dipenjarakan dipenjara kaldai yang dikawal oleh kaldai-kaldai sebagai warder setelah didapati bersalah oleh mahkamah kaldai kerana menyerang kaldai yang dibicarakan dihadapan hakim kaldai dan dibela oleh peguambela kaldai mengguna pakai undang-undang kaldai yang diceritakan dalam cerita rakyat dulu-dulu.
5. Didongengkan nanti suatu masa, akan muncul pulak kes dimana manusia dipenjarakan kerana menyerang kaldai. manusia itu dibicarakan dimahkamah kaldai oleh hakim kaldai melalui perantaraan jurubahasa kaldai dan sekali lagi "senyum kambing" tersenyum dengan dailog " seorang manusia dipenjara kerana menyerang kaldai" dan "dinegara kaldai, undang-undang tak mengira siapa"..mana tahu berkat program mengangkasakan sistem pendidikan kepada kaldai-kaldai, maka akan lahirlah banyak masyarakat kaldai intelektual yang mampu membentuk sebuah negara kaldai yang diperintah oleh perdana menteri kaldai melalui sistem demokrasi ala kaldai atau apa-apa sistem yang sewaktu dengannya dimana didalam negara kaldai, manusia mengambil peranan binatang dan binatang berperanan sebagai manusia kehkehkeh..
alahai khayal lagi aku......kehkehkehkeh...
Saturday, May 17, 2008
Menangis takutkan ALLAH...
Ya Allah..aku sesungguhnya terlalu kerdil untuk bermegah-megah dan riak,...bimbing lah aku, berilah petunjukMu....
Kejam...
Lakonan atau kejadian sebenar? Dimana kejadian ini berlaku? Siapa yang merakamkannya? Apakah dosa dan kesalahannya? Tiadakah antara yang ramai-ramai itu cuba menghalang?....kejam dunia ini..
Aku harap kejadian ini bukan berlaku dinegaraku yang permai ini kerana aku percaya masyarakat malaysia masih ada "jiwa manusia"...
Aku harap kejadian ini bukan berlaku dinegaraku yang permai ini kerana aku percaya masyarakat malaysia masih ada "jiwa manusia"...
Selamat Hari Guru....Tahniah atas habuan baru...
(gambar: ehsan Utusan malaysia)
PM umum skim baru kenaikan pangkat guru (BERITA HARIAN)
Oleh Amirullah Andi Nur, Nasir Abd Wahab dan Rosniza Mohd Taha
MELAKA: Sempena sambutan Hari Guru 2008, kerajaan semalam mengumumkan beberapa insentif kepada warga pendidik dalam usaha memperkukuh dan memperkasakan lagi profesion perguruan di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata kerajaan bersetuju mengambil kira pengalaman mengajar guru semasa dalam skim bukan siswazah DGA29 untuk pertimbangan kenaikan gred secara ‘time based’ selepas berada dalam skim siswazah iaitu dari gred DG41 ke DG44.
Kaedah yang akan digunakan ialah setiap tiga tahun pengalaman di gred DGA29 akan dikira sebagai satu tahun pengalaman di gred DG41, tertakluk kepada had maksimum pengiraan sebanyak tiga tahun pengalaman DG41.
Abdullah berkata, kerajaan meluluskan cadangan supaya guru gred DG41 yang berasal dari skim bukan siswazah dan memegang jawatan guru besar, dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke gred DG44 selepas tiga tahun berkhidmat sebagai guru besar gred DG41.......(BACA BERITA HARIAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT)
Villadelima:
Hidup Pak Lah !!!!!!!! Kumpulan bukan guru yang sewaktu dengannya bagaimana pulak????
PM umum skim baru kenaikan pangkat guru (BERITA HARIAN)
Oleh Amirullah Andi Nur, Nasir Abd Wahab dan Rosniza Mohd Taha
MELAKA: Sempena sambutan Hari Guru 2008, kerajaan semalam mengumumkan beberapa insentif kepada warga pendidik dalam usaha memperkukuh dan memperkasakan lagi profesion perguruan di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata kerajaan bersetuju mengambil kira pengalaman mengajar guru semasa dalam skim bukan siswazah DGA29 untuk pertimbangan kenaikan gred secara ‘time based’ selepas berada dalam skim siswazah iaitu dari gred DG41 ke DG44.
Kaedah yang akan digunakan ialah setiap tiga tahun pengalaman di gred DGA29 akan dikira sebagai satu tahun pengalaman di gred DG41, tertakluk kepada had maksimum pengiraan sebanyak tiga tahun pengalaman DG41.
Abdullah berkata, kerajaan meluluskan cadangan supaya guru gred DG41 yang berasal dari skim bukan siswazah dan memegang jawatan guru besar, dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke gred DG44 selepas tiga tahun berkhidmat sebagai guru besar gred DG41.......(BACA BERITA HARIAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT)
Villadelima:
Hidup Pak Lah !!!!!!!! Kumpulan bukan guru yang sewaktu dengannya bagaimana pulak????
Friday, May 16, 2008
Fushhhh hebat!!!!!
Dari Harian Metro
KUALA TERENGGANU: “Suami kami berlaku adil dan bertanggungjawab terhadap keluarga. Kami bahagia dan mengizinkan dia berkahwin lagi kerana mereka sudah suka sama suka.
“Jika tidak dibenarkan, bimbang pula berlaku perkara tidak baik. Jadi, baik benarkan mereka bernikah,” demikian kata seorang wanita, Noraini Daud, 40, yang hadir bersama dua lagi madu menemani suaminya, Mohamed Nor Awang, 57, yang memohon kebenaran bernikah kali keempat di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Noraini yang juga isteri ketiga Mohamed Nor, berkata dia dan dua lagi madunya, Wan Rukiah Mat Yusoff, 52, dan Kalthum Dollah, 39, hidup bahagia bersama suami dan anak masing-masing....(baca harian metro lah kalu nak tahu lebih)..
Villadelima:
Wa respek sama lu Mat...aku yang bukan setakat minum tongkat ali, makan tongkat ali, mandi pun tongkat ali...masih tak kuasa Mat...yang penting cam mana kau "satukan" tiga-tiga tu mat? ..lagi mau tambah satu lagi (empat)....P.Ramlee ada ajar apa2 tak?
KUALA TERENGGANU: “Suami kami berlaku adil dan bertanggungjawab terhadap keluarga. Kami bahagia dan mengizinkan dia berkahwin lagi kerana mereka sudah suka sama suka.
“Jika tidak dibenarkan, bimbang pula berlaku perkara tidak baik. Jadi, baik benarkan mereka bernikah,” demikian kata seorang wanita, Noraini Daud, 40, yang hadir bersama dua lagi madu menemani suaminya, Mohamed Nor Awang, 57, yang memohon kebenaran bernikah kali keempat di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Noraini yang juga isteri ketiga Mohamed Nor, berkata dia dan dua lagi madunya, Wan Rukiah Mat Yusoff, 52, dan Kalthum Dollah, 39, hidup bahagia bersama suami dan anak masing-masing....(baca harian metro lah kalu nak tahu lebih)..
Villadelima:
Wa respek sama lu Mat...aku yang bukan setakat minum tongkat ali, makan tongkat ali, mandi pun tongkat ali...masih tak kuasa Mat...yang penting cam mana kau "satukan" tiga-tiga tu mat? ..lagi mau tambah satu lagi (empat)....P.Ramlee ada ajar apa2 tak?
Suruhanjaya syor Dr Mahathir dan 5 lagi disiasat...
Dari Malaysiakini.com
Suruhanjaya diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam mengesyorkan supaya mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima orang lagi, disiasat berhubung peranan mereka dalam pelantikan hakim-hakim.
Suruhanjaya itu mengesyorkan supaya mereka disiasat di bawa Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan.
Menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata hari ini bahawa kabinet telah mengarahkan pejabat peguam negara untuk memulakan siasatan secepat mungkin terhadap keenam-enam mereka......
Villadelima:
Teringat cerita P.Ramlee..Enam jahanam...(walaubagaimana ianya tidak kena mengena dengan berita diatas)
Suruhanjaya diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam mengesyorkan supaya mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima orang lagi, disiasat berhubung peranan mereka dalam pelantikan hakim-hakim.
Suruhanjaya itu mengesyorkan supaya mereka disiasat di bawa Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan.
Menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata hari ini bahawa kabinet telah mengarahkan pejabat peguam negara untuk memulakan siasatan secepat mungkin terhadap keenam-enam mereka......
Villadelima:
Teringat cerita P.Ramlee..Enam jahanam...(walaubagaimana ianya tidak kena mengena dengan berita diatas)
Thursday, May 15, 2008
Beras lagi.....cekapkah kerajaan, bersihkah kerajaan...?
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Padiberas Nasional Berhad (Bernas) hari Rabu berkata masalah kekurangan bekalan beras di dalam negara sekarang adalah "disengajakan".
Bernas, badan induk yang mengawal industri beras Malaysia, berkata antara sebab bagi kekurangan itu ialah kawalan yang dilakukan oleh pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan daripada kenaikan harga beras antarabangsa dengan hanya menawarkan beras SST (Super Special Tempatan) daripada gred S15 (yang mengandungi 15 peratus beras hancur).
Kenaikan harga beras antarabangsa juga menyebabkan pengilang tempatan membuat spekulasi bahawa harga beras tempatan juga akan naik, dengan itu mewujudkan persaingan untuk memperoleh padi.
Harga padi di Selangor kini sekitar RM1,000 satu tan metrik.
"Sebenarnya tiada kekurangan bekalan beras di dalam negara kerana pengeluaran padi tempatan kekal stabil dan Bernas telah mengimport lebih banyak iaitu kira-kira 221,421 tan metrik dari Januari hingga April tahun ini," kata seorang pegawai Beras pada taklimat kepada media. Kekurangan beras gred S15 yang lebih murah berlaku kerana hanya Bernas mengeluarkan dan mengawal harga gred S15.
"Secara keseluruhannya, kenaikan harga beras gred lain membawa kepada peningkatan permintaan bagi gred beras yang harganya dikawal. Pengeluar mee hoon dan produk berasaskan beras yang lain juga bertukar menggunakan gred beras yang harganya dikawal kerana lebih murah," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Bernas Bakry Hamzah berkata disebalik kenaikan harga beras antarabangsa (yang kini kira-kira US$1,000 atau RM3,240 bagi satu tan metrik), Bernas masih menjualnya pada harga RM1,450 satu tan metrik kepada pemborong.
Walaupun keadaan itu menyebabkan kerugian, syarikat akan mengekalkan harga rendah supaya harga runcit tempatan tidak terjejas teruk oleh pergerakan harga di pasaran antarabangsa.
Katanya Bernas mampu berbuat demikian kerana ia membuat belian hadapan dan mengekalkan stok lebih daripada cukup. Bakry berkata keputusan kerajaan untuk membenarkan harga beras import diapungkan dalam pasaran tempatan akan membolehkan syarikat itu mendapatkan semula keuntungan.
Malahan dengan langkah itu, beliau yakin Bernas masih dapat menjual beras import kepada pemborong di bawah harga pasaran.
Bakry berharap pengilang swasta akan membantu memastikan bekalan mencukupi di pasaran untuk membantu menstabilkan keadaan.
Beliau juga menyambut baik langkah kerajaan untuk mencapai tahap sara diri yang lebih baik daripada 72 peratus sekarang kepada 86 peratus pada 2010 dan berharap satu hari nanti Malaysia mampu mencapai tahap sara diri 100 peratus dalam pengeluaran beras.
Katanya Bernas mungkin terbabit dalam penanaman padi di masa depan.
Villadelima kata:
1. Bijakkah kerajaan?
2. Pejamkah kerajaan?
3. Tidurkah kerajaan?
4. Sedarkah kerajaan?
KERAJAAN SEDANG DI PERKOTAK-KATIKKAN OLEH PENIAGA-PENIAGA....
Monday, May 12, 2008
Kerajaan tetapkan harga siling beras super special tempatan mulai 1 Jun
PUTRAJAYA: Harga beras Super Special Tempatan 5 peratus dan Super Special Tempatan 10 peratus yang kini tidak dikawal akan ditetapkan mulai 1 Jun ini dengan harga siling masing-masing pada RM2.80 sekilogram dan RM2.70 sekilogram bagi meringankan beban rakyat.
Pada masa sama, kerajaan juga menaikkan Harga Minimum Terjamin (GMP) padi daripada RM650 setan (metrik) kepada RM750 setan, berkuat kuasa serta merta, bagi menambah pendapatan pesawah.
Harga beras Super Tempatan 15 peratus pula dikekalkan di antara RM1.65 sekilogram dan RM1.80 sekilogram mengikut zon.
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menerusi satu kenyataan media di sini, petang ini.
Komen aku:
1. Aku dok agak-agak ler, bila kerajaan tetap harga, beras pun kembali tak ada...kau orang tunggu dan lihat lah.......pas tu adalah macam-macam alasan...kalau dah kerajaan lemah, peniaga naik lemak lah..
Beras cukup..harga naik..
myMetro
KUALA LUMPUR: Kemelut kekurangan bekalan beras di sekitar ibu kota berakhir dengan kenaikan mendadak harga bahan makanan asas itu sejak kelmarin.
Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar raya sekitar ibu kota semalam mendapati, bekalan beras pelbagai jenama tempatan mahupun import kini mudah didapati pengguna sebaik harga baru bahan ruji itu dikuatkuasakan.
Menurut sumber, bekalan beras kembali seperti biasa berikutan kenaikan harga sehingga RM7 dan paling ketara beras super tempatan dalam kampit 10 kilogram (kg) yang sebelum ini dijual RM15 kini berharga RM23 sekampit.
Jenama popular lain yang mengalami kenaikan ialah beras Jasmine Super Special dijual sekitar RM36 bagi kampit 10kg yang sebelum ini hanya RM28 bagi kuantiti sama dan beras Floral 10kg dijual RM23 berbanding RM19 sebelum ini.
Katanya, kebanyakan peniaga terpaksa akur dengan kehendak pembekal yang menetapkan harga barangan itu walaupun ia tidak disenangi kebanyakan pengguna.
Menurutnya, taktik menyembunyikan bekalan beras oleh sesetengah pembekal membuatkan bekalan barangan itu berkurangan di pasar raya dan ini menyebabkan harganya melambung tinggi.
Helah yang sama turut digunakan untuk mendesak pihak berwajib menaikkan harga sekilogram minyak pada tahun lalu, namun ia gagal berikutan campur tangan kerajaan yang mendesak pembekal dan peniaga mengekalkan harga barangan masak itu.
Selain kenaikan harga, ada beberapa jenama popular yang terpaksa dihadkan jualannya seperti beras Jasmine Super Special, Bird of Paradise Fragrant Rice dan Sunwhile AAA.
Katanya, jenama beras itu terpaksa dihadkan jualannya berikutan arahan yang dikeluarkan pihak pengurusan pasar raya terkemuka di Lembah Klang itu.
Namun begitu, dia menolak sebarang spekulasi berikutan kekurangan bekalan beras jenama itu di pasaran sekarang tambahnya bekalan yang diterima pihaknya kelmarin mampu bertahan selama dua bulan dan cukup untuk pengguna sekitar kawasan terbabit.
Sementara itu, orang ramai yang ditemui meluahkan ketidakpuasan hati mereka berkaitan kenaikan harga bahan asas itu dan mendesak kerajaan campur tangan dalam hal terbabit.
Komen aku:
1. Sampai bila nak macam ni? Setiap kali lepas pilihanraya "Barang Naik" menang, semua harga barang melambung..beras, susu, minyak masak, gandum, mee.....besi, simen,...Aku nak belajar makan batu pun, batu naik harga jugak.....apa nak jadi?
2. Wahai kerajaan yang memerintah !!!!, jika tak pandai nak jadi kerajaan baik jadi pembangkang...mana tahu kau orang boleh jadi pembangkang yg berkesan....
3. Aku sebagai rakyat yang dhaif cukup tertekan dengan keadaan sekarang....kau orang yg jadi menteri tak apa lah masuk kiri kanan bermacam-macam gaji, elaun, imbuhan....Shahrizat yang kalah pilihanraya pun dengar khabar terima gaji RM 30,000 lebih sebulan....
4. Alahai malaysiaku yang permai.............................wahai rakyat-rakyat semua, belajar-belajar lah kau orang makan "angin" itu lah saja yang tak naik harga...Tuhan bagi percuma...kalu "angin" pun dibuat manusia nescaya syarikat angin itu dimonopoli dan harganya lebih melambung-lambung sebab sifat angin pun satu, ianya jisim yang ringan...Syukur Ya Allah...
Positifkan minda anda..
Seseorang telah menghantar kepeti e-mail aku....
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur
disisi kita bukan dengan orang lain.
2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu
bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih
mempunyai pekerjaan.
4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.
5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu
dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada
pakaian untuk dipakai.
8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna
kita masih berupaya utk kerja kuat.
9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih
berupaya utk berjalan.
10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih
hidup untuk meneruskan hari tersebut....
AND FINALLY ........ for received this personal and meaningful forwarded e-mails because
it means you have friends who are thinking of you.
"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita
dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada
Saturday, May 10, 2008
Happy Mother's day
(Michelle Duggar di kelilingi oleh anak-anak dan suaminya Jim Bob-2 ogos, 2007)
Woman pregnant with 18th child
LITTLE ROCK, Arkansas, May 10 — It's a happy Mother's Day for an Arkansas woman — she's pregnant with her 18th child.
Michelle Duggar, 41, is due on New Year's Day, and the latest addition will join seven sisters and 10 brothers. There are two sets of twins.
"We've had three in January, three in December. Those two months are a busy time for us," she said, laughing.
The Duggars' oldest child, Josh, is 20, and the youngest, Jennifer, is nine months old.
The fast-growing family lives in Tontitown in northwest Arkansas in a 7,000-square-foot home. All the children — whose names start with the letter J — are home-schooled.
Duggar has been been pregnant for more than 11 years of her life, and the family is in the process of filming another series for Discovery Health.
The new show looks at life inside the Duggar home, where chores — or "jurisdictions" — are assigned to each child. One episode of the new show involves a "jurisdiction swap," where the boys do chores traditionally assigned to the girls, and vice versa, Duggar said.
"The girls swapped jurisdictions, changing tyres, working in the garages, mowing the grass," she said. "The boys got to cook supper from start to finish, clean the bathrooms," among other chores.
Duggar said she's six weeks along and the pregnancy is going well. She and her husband, Jim Bob Duggar, said they'll keep having children as long as God wills it.
"The success in a family is first off, a love for God, and secondly, treating each other like you want to be treated," Jim Bob Duggar said. "Our goal is for each one of our children to be best friends, and everybody working together to serve each other makes that happen."
The other Duggar children, in between Joshua and Jennifer, are Jana, 18; John-David, 18; Jill, 16; Jessa, 15; Jinger, 14; Joseph, 13; Josiah, 11; Joy-Anna, 10; Jeremiah, 9; Jedidiah, 9; Jason, 7; James, 6; Justin, 5; Jackson, 3; and Johannah, 2. — AP
Komen:
Aku yang tanam tongkat ali pun 5 orang anak jer..kehkehkeh..
Police Polisi Polis...
BMC: Ahli parlimen Segambut dibelasah
Andrew Ong | May 9, 08 12:58pm
(Malaysiakini.com)
Polis menggunakan meriam air serta menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan kira-kira 500 penduduk di Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam tadi.
Dalam kejadian itu, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dan pengerusi jawatankuasa buka jalan BMC didakwa dipukul oleh anggota polis berpakaian biasa.
Ianya berlaku sejurus selepas Lim tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 10 malam untuk memberi sokongan kepada penduduk yang berkumpul di persimpangan Bandar Tun Hussien Onn dengan Lebuhraya Kajang-Cheras
Syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd sedang membina benteng penghadang - untuk kali ketiga - bagi menyekat jalan pintas di situ digunakan penduduk bagi mengelak bayaran tol.
Ekoran itu, penduduk kini terpaksa memandu sejauh enam kilometer lagi dan membayar tol 90 sen kepada Grand Saga.
Ketika Lim tiba di situ, polis sedang memantau penduduk yang berhimpun mengelilingi pekerja Grand Saga yang sedang bekerja memasang tembok konkrit.
Lim kemudian berjalan ke arah pekerja Grand Saga dan anggota polis di situ untuk bertanya siapa yang menyelia kerja-kerja membina tembok tersebut.
Selepas gagal mendapat sebarang jawapan, Lim mencabut wayar dari mesin yang digunakan oleh pekerja untuk mengimpal batang besi pada tembok konkrit itu (kiri).
'Saya disembur, dipukul'
Tanpa mesin kimpan itu, pekerja Grand Saga beredar, menyebabkan penduduk berasak-asak melepas kawalan polis dan bertindak memusnahkan tembok yang separuh siap itu dengan tangan.
Penduduk yang gembira melihat apa yang berlaku, terus mengangkat dan melambung Lim beberapa kali tetapi suasana kembali tegang apabila polis pencegah rusuhan mengarahkan orang ramai supaya beredar.
Lim cuba menghalang sebuah trak meriam air dengan berdiri di depannya. Menurut Lim (foto kiri), beberapa anggota polis mengheretnya dan berlaku kekecohan.
"Mereka mengheret saya ke tepi dan menyembur pemedih mata ke muka saya. Saya tidak dapat melihat. Mereka tumbuk dan tendang saya," katanya kepada pemberita kira-kira dua jam selepas kejadian tersebut berlaku.
Ahl exco kerajaan negeri, Ean Yong Hian Wah yang berada di tempat kejadian, memberitahu pemberita bahawa polis berhenti memukul Lim selepas diberitahu bahawa Lim adalah seorang ahli parlimen.
Dipukul depan pemberita
Lim, seorang peguam, memang dikenali penduduk di situ kerana beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada jawatankuasa buka jalan BMC.
Sementara itu, pengerusi jawatankuasa tersebut, Tan - apabila melihat Lim dipukul - terus bergegas untuk membantunya.
Ekoran itu, Tan juga didakwa turut dibelasah dan kemudiannya ditangkap. Para saksi mendakwa, beliau dipukul di perut oleh seorang anggota polis berpakaian biasa di hadapan para pemberita dan jurugambar.
Tan kemudiannya dibawa dari situ dengan kereta polis manakala seorang penduduk membawa Lim dan Ean ke sebuah klinik berhampiran. Tan dibebaskan dengan ikatjamin pada jam 3 pagi.
Ketika itu, polis telah menembak meriam air, tetapi apabila tindakan itu masih gagal menyuraikan orang ramai, mereka melepaskan tiga kali tembakan gas pemedih mata. Orang ramai akhirnya bersurai.
Ketika ditemui pemberita malam tadi, timbalan ketua polis Kjang, Supt Toha Abdullah mendakwa beliau tidak tahu mengenai tindakan polis memukul Lim.
Katanya, pihak polis terpaksa bertindak menyuraikan orang ramai kerana mereka "menggangu tugas keselamatan pihak polis”.
Sebelum ini, dua penduduk BMC telah ditahan. Ketika dihubungi tengah malam tadi, ketua polis Kajang, Shakaruddin Che Mood berkata pihak polis belum memutuskan tuduhan terhadap mereka yang ditahan itu.
Lim masuk hospital
Sementara itu, ahli parlimen Segambut itu dimasukkan ke Hospital Selayang pada jam 3 petang tadi ekoran kejadian semalam.
Menurut ahli dewan undangan negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Weng San, Lim mengadu rasa pening dan sukar membuka matanya.
"Keluarganya menghantarnya ke hospital untuk dipantau keadaannya. Kita tidak tahu apa yang tidak kena dengannya," kata Lau.
Sementara itu, Tan memberitahu Malaysiakini bahawa Lim sepatutnya pergi bersama penduduk menyerahkan memorandum kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Tetapi beliau tidak dapat datang. Beliau kata seluruh badannya sakit-sakit," kata Tan.
Friday, May 9, 2008
Bahagiakah menjadi perogol dan pembunuh?
Sumber:http://mysyahadah.blogspot.com/
Mungkin tajuk di atas agak klise, atau menggelikan, mungkin agak kejam, atau agak berat dan pelbagai ‘mungkin’ lagi. Namun, mungkin-mungkin ini tidaklah sepasti kepastian bahawa derita dan seksanya jiwa-jiwa yang dicabuli dan dirogol, apatah lagi dibunuh!!
Saya jadi sangat risau memikirkan kedaan dunia sekarang. Cukup risau jika berlaku di dunia barat, bimbang ia menular mampir ke sebelah rumah. Malah, nyatanya yang sangat mendukacitakan saya bahawa ia sememangnya sudah merebak masuk ke pagar Malaysia, dan nyatanya ia sudah lama. Malahan sekarang ini semakin bengkak, bernanah dan hampir meletup. Saya kembali pada persoalan saya di atas, BAHAGIAKAH MENJADI PEROGOL DAN PEMBUNUH??
Justeru, sebagai fakta kes, saya huraikan serba sedikit di sini tentang peristiwa-peristiwa dan kronologi yang sangat sadis dan menyayat hati :
Dari 1984 hingga 2006 Feb, terdapat 87 kes rogol –bunuh, Dari jumlah 87 kes yang kejam ini, hanya 23 kes, atau pun 26.4% di selesai dengan pesalah dijatuh hukuman.
Nyatanya sekarang ini ia makin parah! Seolah-olah kita melihat, ia merupakan isu bulanan, ibaratnya seorang korban bulanan. Apa makna pada semua ini?? Contoh terdekat, baru sekejap Malaysia masih meratapi pemergian Nurin Jazlin, kehilangan Sharlinie Nashar yang masih tidak tahu beritanya, dan terbaru kes sadis Nurul Amira.
SIAPA SEBELUM NURIN JAZLIN??
Apa yang telah berlaku kepada Nurin Jazlin Jazimin merupakan satu peristiwa yang telah mendapat perhatian seluruh negara. Kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak yang hanya berumur 8 tahun ini tidak dapat dibayangkan. Begitu juga dengan trauma yang terpaksa dihadapi oleh ibubapa, adik beradik dan keluarga arwah Nurin Jazlin, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Pada 18 Mei 1999 Audrey Melissa Bathinathan, 17 tahun telah dijumpai berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur, tempat beliau belajar. Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya.
Noor Suzaily Mukhtar, 24 tahun telah ditemui di Taman Bukit Tinggi pada 7 Oktober 2000 Klang. Mangsa telah dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.
Pada 23 Oktober 2000 Nor Shuhada Borak, 6 tahun ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan. Mangsa dipercayai telah dirogol sebelum dibunuh.
Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan dibunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah pada 14 Februari 2001. Mangsa mati akibat dijerut dengan menggunakan tali.
Nurul Hanis Kamil telah dibunuh dalam semak selepas pulang dari sekolah di Serkam Darat, Merlimau, Melaka pada 3 Julai 2001. Sementara itu seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol dan diliwat sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong pada 13 Ogos 2001.
Norshakila Ramli Choo, 6 tahun telah dirogol sebelum dibunuh di Taman Tasik Permai Ampang pada 1 April 2002.
Seorang pelajar sekolah menengah telah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4.00 petang pada 8 Oktober 2002. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan
Pada 6 November 2002 Siti Nurliyana Shamimi Rosdi seorang kanak-kanak berumur dua tahun telah diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Hasil bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan. Mangsa juga mengalami pendarahan dalam otak dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.
Noritta Samsudin berumur 22 tahun telah dijumpai mati di Kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2003. Mangsa dikatakan telah dirogol sebelum dibunuh.
Pada 13 Jun 2003 Canny Ong Lay Kian telah dilarikan dari tempat letak kereta Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang di tepi Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Januari 2004.
Pada 17 Januari 2004 seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani telah dirogol, diliwat sebelum dibunuh di pondok pengawal stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor. Mayatnya ditemui berbogel tersandar pada dinding tandas pondok pengawal tersebut dalam keadaan mencangkung.
Mazny Abdullah dari Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah dibunuh pada 23 November 2004.
Siti Syazwani Ahmad Dusuki, 9 tahun telah dibunuh selepas dirogol di Taman Rhu pada 22 Disember 2004.
Masih ingatkah lagi kita kepada apa yang telah berlaku kepada mereka ini? Tentulah. Kita menyatakan, "Ohh..budak ni..masa ni aku form 5.. Oh, budak ni, masa tu takut sangat, sedih sangat.." dan pelbagai lagi.. Bila membaca kisah Nurin Jazlin ramai yang merasa sedih dan hiba malah ada juga yang terkejut dan marah. Kita merasa perkara yang sama bila kejadian sebelum Nurin Jazlin berlaku tapi selepas itu kita lupa.
Sudah tiba masanya sesuatu dilakukan untuk mencegah daripada berulangnya kes-kes seumpama ini. Ini mungkin hanya sebilangan kecil, dirogol kemudian dibunuh. BERAPA RAMAI LAGI DI LUAR SANA YANG MENJADI MANGSA ROGOL DAN MENYIMPAN TRAUMA SEUMUR HAYATNYA?? Yang disembunyikan oleh umum dan media umpamanya. Ketika ramai yang bercakap dan memberi pelbagai cadangan selepas apa yang berlaku pada Nurin Jazlin, ironinya terus-terusan berlaku kes-kes yang seumpama dengannya. Persoalannya bilakah pandangan dan cadangan ini boleh dilaksanakan? Bila pula kita sendiri akan mengambil tindakan untuk mengubah keadaan ini? Adakah kita hendak menunggu Siapa Selepas Nurin Jazlin baru ada kesedaran?
SYAHADATUL HAFIZAH BINTI ABDULLAH
KETUA UNIT MEDIA DAN PENYELIDIKAN (UMP)
HAL EHWAL WANITA & MAHASISWI (HEWI)
PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI MALAYA (PMIUM)
SESI 08/09
Thursday, May 8, 2008
Antara tujuan beberapa Akta digubal....
1. Akta Kawalan Harga 1946
Memberi kuasa kepada kerajaan menetap dan mengawal harga bagi barangan-barangan tertentu.Menetapkan penandaan harga (price tag) dan perlabelan (labelling)
2.Akta Kawalan Bekalan 1961
Mengawal bekalan barang-barang kawalan bagi memastikan bekalan adalah mencukupi.
3.Akta Lembaga Padi dan Beras Negara 1971
Mengawal (menyimpan dan menyelenggara) bekalan padi dan beras dalam negara bagi memastikan harga yang stabil bagi peladang dan pengguna. Kementerian Pertanian
4. Akta Kawalan Sewa 1966
Memberikan kuasa untak menetapkan sewa premis terkawal (controlled premises) dalam kawasan-kawasan Kerajaan Tempatan.
5.Akta Pengangkutan Jalan 1987
Mengawal perkhidmatan kenderaan awam, Mutu Dan Keselamatan
6.Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975
Mengadakan piawaian dan penyelidikan terhadap keluaran yang ada dalam pasaran.
7. Akta Makanan 1983
Mengawal penjualan makanan supaya tidak mengancam pengguna antaranya memastikan kandungan bahan-bahan tidak membahayakan.
8. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988
Berhubung dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.
9.. Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956
Mengawal dan melarang iklan-iklan yang merujuk kepada mana-mana barangan yang dikira boleh menpengaruhi kegunaan barang-barang tersebut sebagai ubat untak tujuan merawat keadaan-keadaan teruk yang tertentu.
Semua iklan-iklan untuk ubat-ubatan wajib mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.
10.Akta Kilang dan Jentera 1967
Berkaitan dengan pengawalan kilang-kilang dan jentara berhubung dengan pendaftaran dan pemeriksaan jentera-jentera bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pihak yang terlibat.
11. Akta Racun Makhluk Perosak 1974
Mengawal pengimportan, pengeluaran, penjualan, penyimpanan racun-racun perosak dengan cara pendaftaran dan permit pengimport dan pengilang.
12. Ordinan Binatang 1953
Mengawal pengimportan dan pengeksportan binatang dan burung bagi mengelakkan penyakit.
13. Akta Jualan Dadah 1952
Bertujuan untuk mengawal dan membuat peraturan tentang pengimportan, pengeksportan, pengeluaran dan penjualan opium, dan lain-lain dadah merbahaya.
14.Akta Elektrik 1949
Akta ini membenarkan Lembaga Letrik mengawal perkara-perkara berikut:
Menetapkan kadar bayaran.
Melesen kegiatan pemasangan bagi menjamin mutu dan keselamatan pengguna.
15. Akta Racun 1952
Untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengilangan, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan sebarang racun
16. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
Bertanggungjawab dan menyelaras segala aktiviti berhubung dengan pembuangan bahan-bahan ke alam sekeliling bagi mencegah atau mengawal pencemaran serta melindungi dan memperbaiki kualiti alam sekitar.
17. Akta Perihal Dagangan 1972
Melarang salah perihal mengenai barang-barang, memberikan kenyataan palsu/mengelirukan tentang apa-apa perkhidmatan, tempat tinggal atau apa-apa kemudahan-kemudahan yang diadakan dalam perjalanan perdagangan.
Meliputi juga perbahasan penunjuk yang digunakan berhubung dengan harga barang-barang, bayaran/kadar bagi perkhidmatan kemudahan.
18. Akta Pendaftaran Farmasi 1951
Menentukan perubahan Lembaga Farmasi yang akan mendaftarkan ahli-ahli farmasi sebelum mereka menjalankan kegiatan mereka.
Untuk mengawal ahli-ahli farmasi yang tidak berkelayakan.
19. Akta Lembaga kemajuan Ikan Malaysia 1971.
Memajukan perniagaan perikanan supaya lebih cekap dan berkesan.
20. Akta Sewa Beli 1967
Mengawal selia kandungan dan bentuk perjanjian yang termasuk di bawah takrifan perjanjian sewa beli di bawah Akta dan menetapkan hak-hak dan tanggungjawab pihak-pihak kepada perjanjian.
21. Akta Insurans 1963
Mengawal kegiatan syarikat-syarikat insurans dengan cara mendaftarkan syarikat-syarikat tersebut dan mengawal selia aktiviti-aktiviti syarikat berkenaan.
22. Akta Pemberi Pinjam Wang 1951
Akta ini adalah untuk mengawal individu atau syarikat menjalankan kegiatan peminjaman wang. Untuk menjalankan kegiatan ini, lesen adalah diwajibkan.
23. Akta Pemegang Pinjam Gadai 1972
Mewajibkan sesiapa yang menjalankan kegiatan ini mendapatkan lesen terlebih dahulu.
24. Akta Jualan Barangan 1957
Melindungi kepentingan pihak yang membuat jual beli barangan termasuk pengguna dari segi kesesuaian dan jaminan barangan. Undang-Undang Sivil
25. Akta Kontrak 1950
Menggariskan tentang tanggungjawab semua dalam apa juga perjanjian. Undang-Undang Sivil
26. Akta Timbang dan Sukat 1972
Memastikan yang unit-unit sukatan dan standard jisim serta sukat hendaklah berdasarkan kepada sistem unit antarabangsa.
27. Akta Pemaju-Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1965
Akta yang mengawal dan melesenn kegiatan perumahan bagi memastikan tidak ada kegiatan-kegiatan yang menyelewang di dalam industri tersebut.
28. Akta Kewangan (Bank dan Institusi Kewangan 1986)
Mengawal kegiatan meminjam oleh syarikat-syarikat dengan cara mengeluarkan lesen. Bank Negara Malaysia
29. Akta Jualan Langsung 1993
Mengawal kegiatan syarikat-syarikat jualan langsung dengan cara melesenkan syarikat-syarikat itu.
Nota: Sebagaimana ianya diperkenalkan pada peringkat awalnya tanpa mengambil kira beberapa pindaan selepasnya.
Krisis Makanan: Peringatan Allah.
Daripada Harakahdaily.net
Krisis bekalan makanan, al-Quran telah beri peringatan
Azamin Amin
Thu | May 08, 08 | 9:30:06 am MYT
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Umat Islam telah dibimbing dan diasuh untuk sentiasa tenang dalam apa jua rintangan dan dugaaan yang menimpa seperti kenaikan bahan bakar, barang keperluan khususnya melibatkan krisis kekurangan bekalan makanan bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.
Al-Quran telah memberi peringatan daan pengajaran kepada umat manusia termasuk yang beragama Islam dan berikutan adalah beberapa ayat daripada kitab suci yang boleh dijadikan sandaran, pegangan dan rujukan supaya umat Islam tidak mudah panik dan bersedia menghadapi segala rencam kehidupan.
Surah al-Baqarah dalam ayat 155 mengajak manusia untuk memahami ketentuan Tuhan yang sentiasa menguji keimanan seseoarang atas sesuatu yang menimpa:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
Ayat 156 dalam surah yang sama pula mengajar manusia agar sentiasa bersabar dengan segala musibah hatta ujian yang menimpa kerana kesabaran adalah titik tolak kepada kemenangan atas segala permasalahan.
Al-Baqarah- ayat 156:"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".
Dalam pada itu Surah Yusuf ayat 46, 47 dan 48 menceritakan tentang sebuah kerajaan mahupun seorang manusia agar sentiasa beringat dan berjimat-cermat serta bersedia dengan segala persiapan untuk menghadapi sebarang bencaa supaya tidak 'huru-hara' di saat akhir atau tahkala ditimpa bencana.
"Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): 'Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya."
"Yusuf menjawab: 'Hendaklah kamu menanam bersungguh- sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan."(Surah yusuf 47)
"Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit,yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.(Surah yusuf 48)
Apa juga yang berlaku di dunia yang melibatkan kekurangan bekalan makanan merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan dan ini dikisahkan supaya rakyat dan seluruh umat dunia tidak alpa dan lupa diri di atas kesenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT selama ini dan dinyatakan dalam surah al-Hadid ayat 22 dan 23.
"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (al-hadid ayat 22)
"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."(surah al-hadid ayat 23)
Walaupun ujian demi ujian yang menimpa umat Islam mahupun seluruh manusia di dunia ini namun sekiranya sentiasa merayu dan memohon pertologan kepada Tuhan yang Maha Esa di samping berusaha sebaik mungkin maka segala rintangan dan kepayahan akan dapat dirasai malah akan menemui kejayaan di kemudian hari sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.
Ia jelas dinyatakan dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud:
"Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."
"Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."
Justeru umat Islam bersabarlah atas dugaan yang menimpa dan atasilah dengan berusaha dan bertawakkal kepada yang Esa dan jadikaanlah al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.
Dari Parlimen
Aku bukan ahli politik mahupun seorang politikus yang mudah "menikus" dengan hal ehwal politik. Tapi dalam perbahasan ini, aku rasa seronok nak berkongsi dengan kau orang semua tentang "diskriminasi" yang dirasai oleh rakyat Sabah berdasarkan suara Ahli Parlimennya.Kau orang baca lah sendiri;
Dipetik dari Tranungkite.net
"‘Kami berada dalam rumah yang sama tetapi kami tidak menikmati kemudahan yang sama. Kami bukan hanya dilayan sebagai anak tiri tetapi juga dinista dengan kata-kata yang kami akan menyeberang.
" Apalah gunanya bilik-bilik ditambah kalau kami dipaksa untuk tidur ditepi bilik air" ujar beliau disambut dengan sorakan . Beliau turut menambah apa yang Kerajaan berminat adalah untuk menghalang Sabah daripada jatuh kepada pihak Pembangkang.
Parlimen Malaysia 7 Mei 2008 – Satu sejarah telah terlakar di Parlimen hari ini apabila seorang Ahl Parlimen BN buat pertama kalinya menyatakan adalah bukan satu kesalahan bagi Ahli Parlimen BN menyeberang kepada pihak Pembangkang.
Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) - foto - ketika berucap diatas usul ucapan menjunjung kasih terhadap titah Yang Dipertuan Agung berkata " Jika tidak terdapat lagi ruang didalam rumah bungalow (BN) , apakah yang menjadi halangan keatas mereka untuk berpindah kepada rumah yang lebih kecil (Pakatan Rakyat)?"
Kenyataan tersebut telah disambut dengan kegembiraan oleh pihak Pembangkang dan turut dipersetujui oleh Ahli Kelab Penyokong Kerajaan daripada Sabah. Jawapan analogi sepontan adalah sebagai balasan kepada pertanyaan kepada beliau oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi ( BN- Bagan Datok) yang bertanya samada Kelab Penyokong Kerajaan daripada Sabah terpengaruh untuk menyeberang kepda pihak Pembangkang.
" Ini bukan satu tindakan golongan terdesak (desperado) ? Kenapa perlu 140 ahli yang menghuni sebuah bunglalow perlu pindah kepada rumah teres yang lebih kecil? Dia bertanya kepada Datuk Anifah Aman sebelum itu. Walau bagaimanapun , jawapan Datuk Anifah Aman dengan sendirinya mengecewakan beliau dan Kelab Penyokong Kerajaan daripada Semenanjung.
" Saya tidak bermaksud yang saya akan menyeberang. Mungkin juga terdapat sekumpulan Ahli Parlimen yang berminat untuk menyeberang. Perkara ini bukanlah sesuatu yang serius. Apa yang lebih serius adalah kenyataan bahawa terdapat berjuta rakyat di dalam 5 negeri di Malaysia yang telahpun menyeberang kepada pihak Pembangkang".
Ujar beliau yang disambut dengan keseronokan dan sorakan oleh pihak Pembangkang. Datuk Anifah adalah salah seorang Ahli Parlimen BN yang telah menolak tawaran sebagai Timbalan Menteri dalam Kabinet sekarang. Beliau adalah juga merupakan adik kepada Ketua Menteri sabah Datuk Musa Aman.
Kemudaian Datuk Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) menyoal Anifah samada beliau akan menyokong akta anti-lompat , dengan sepontan , Datuk Anifah Aman menjawab bahwa beliau adalah penentang sebarang undang-undang yang bertujuan menghalang ahli daripada menyeberang atau bertukar parti.
"Kalau begitu Negara kita akan menjadi sebuah Negara Polis. Apakah tujuan bersekongkol dengan pemimpin yang telah menyeleweng daripada jalan yang benar?Adakah perlu kita kekal besama mereka? Apakah kebaikan yang ada pada seseorang pemimpin yang rakyat sendiri tidak bersetuju dengan beliau? Ujar Datuk Anifah.
Datuk Anifah kemudian mengulas mengenai risiko mentaati membabibuta terhadap pemimpin dan bagaimanakah bencana yang akan menimpa rakyat. " Mengapakah kita perlu meletakkan ketaatan membabibuta kepada seseorang pemimpin dan apakah kesan yang akan menimpa rakyat pada masa hadapan.?
Kepada satu pertanyaan yang di kemukakan oleh Datuk Ghapur Salleh ( BN-Kalabakan) yang mengeluh mengenai kekurangan kemudahan infrastruktur di Sabah, Datuk Anifah menyatakan bahawa kemerdekaan tidak membawa sebarang makna sekiranya rakyat masih tidak dapat memperolehi kemudahan air paip dan anak-anak mereka masih terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke sekolah.
Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) seterusnatya menyambung mengenai analogi ruamah bungalow dan bertanya samada penyokong Kerajaan Sabah tidak akan berpindah sekiranya pembaikan dilakukan terhadap rumah tersebut." Adakah keiginan untuk berpindah akan terbantut sekiranya bilik ditambah kepada rumah tersebut dan jadual ditetapkan dalam rancangan pembaikan?
Anifah berkata penyelelesaian terhadap masalah ini adalah lebih sukar daripada hanya sekadar menambah bilik . ‘Kami berada dalam rumah yang sama tetapi kami tidak menikmati kemudahan yang sama. Kami bukan hanya dilayan sebagai anak tiri tetapi juga dinista dengan kata-kata yang kami akan menyeberang.
" Apalah gunanya bilik-bilik ditambah kalau kami dipaksa untuk tidur ditepi bilik air" ujar beliau disambut dengan sorakan . Beliau turut menambah apa yang Kerajaan berminat adalah untuk menghalang Sabah daripada jatuh kepada pihak Pembangkang.
Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas ) turut mencelah" Parti-parti Sabah bertukar ganti ikut suka sahaja. Juga disini orang UMNO turut bertukar ganti, Ramai Ahli PKR adalah bekas orang UMNO.. Kenapakah orangramai selalu mengaitkan saya dengan hal-hal sebegini dan memanggil saya katak?
Anifah menjawab bahawa beliau tidak tahu perkara ini samada baik atau tidak kerana beliau tidak ada pengalaman mengenainya. Ada terdapat ramai guru disini yang boleh mengajar bagaimana nak lompat. Dan terdapat beberapa orang daripada pihak pembangkang juga.
Sebiji kurma
Cerita ni dah selalu kau orang dengar, tapi aku rasa kalau kau orang baca lagi sekali akan menambahkan lagi rasa ketaatan kau orang kepada "Allah" dan kekuatan jiwa untuk "menghindarkan" diri dari bergelumang dengan barang-barang bukan milikan kita yang sah.
Kisahnya:
Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham
berniat ziarah ke Mesjidil Aqsa. Untuk bekal di
perjalanan, ia membeli 1kg kurma dari pedagang tua di
dekat Mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan
dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak
didekat timbangan. Menyangka kurma itu sebagian dari
yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.
Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa.
Empat Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti
biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada
sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. ? Ia shalat dan
berdoa khusuk sekali. ? Tiba tiba ia mendengar
percakapan dua Malaikat tentang dirinya, 'Itu, Ibrahim
bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya
selalu dikabulkan ALLAH SWT,' kata malaikat yang satu.
'Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak karena 4
bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari
meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram,'
jawab malaikat yang satu lagi.
Ibrahim bin Adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi
selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan
mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh
ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan
haknya. 'Astaghfirullahal adzhim' Ibrahim
beristighfar. ? Ia langsung berkemas untuk berangkat
lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma.
Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah
ditelannya.
Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat
penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang
tua itu melainkan seorang anak muda , '4 bulan yang
lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang
tua. Kemana ia sekarang?' tanya Ibrahim.
'Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang
meneruskan pekerjaannya berdagang kurma' jawab anak
muda itu.
'Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu
kepada siapa saya meminta penghalalan ?' Lantas
ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak
muda itu mendengarkan penuh minat.. ?
'Nah, begitulah' kata Ibrahim setelah bercerita,
'Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau
menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur
ku makan tanpa izinnya?'
Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan.
Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya
11 orang. ? Saya tidak berani mengatas nama kan mereka
karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.'
'Dimana alamat saudara-saudaramu? Biar saya temui
mereka satu persatu.' Setelah menerima alamat, Ibrahim
bin Adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya
selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma
milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim. 4 bulan
kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada dibawah kubah
Sakhra. Tiba-tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu
terdengar lagi bercakap cakap.
'Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak
gara-gara makan sebutir kurma milik orang lain.'
'O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia
telah mendapat halalan dari ahli waris pemilik kurma
itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali
dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih
milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas.'
Apabila anda mempunyai teman atau saudara yang anda
sayangi forward-lah e-mail ini.
Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke
tubuh kita, sudah halal-kah? Lebih baik tinggalkan
bila ragu-ragu... '
Semoga bermanfaat.
Allahu a'lam.
Wassalam..
Tuesday, May 6, 2008
Dilema Anuar Zain ??
Dari mSTAR Online:
Anuar bengang dengan 'isu cium'
05-05-2008 10:51:58 AM
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
PENYANYI yang popular dengan lagu Ketulusan Hati, Anuar Zain tidak habis-habis dilanda kontroversi.
Sejak beliau menyatakan hasrat memberi kebebasan kepada peminat untuk berhibur dengannya termasuk memberi kebenaran kepada mereka mencium pipi dan duduk diribanya pada showcase A Nite With Anuar Zain yang lalu, kisah tersebut semakin mendapat kritikan ramai sekaligus memberi impak buruk kepadanya.
Ada yang mengutuk penyanyi ini yang seolah-olah tidak memikirkan tentang agama apabila merelakan peminat wanita bersentuhan kulit dengannya. Tidak kurang juga kata-kata ‘pedas’ seperti “Sekiranya bapa saya sudah meninggal dunia dan arwah bapa saya melihat hal ini, mungkin dia akan sedih.”.
Memang Anuar sedih dan terpukul dengan kata-kata tersebut. Namun, ada yang sedia maklum bahawa dalam persembahannya sebelum ini, beliau sudah biasa menerima ciuman di pipi atau pelukan oleh wanita-wanita tanpa mengira usia, status dan sebagainya.
Lantaran hal tersebut telah pun berlalu, ada pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan rakaman keadaan Anuar dicium dan dipeluk oleh peminatnya sehingga meletuskan pergaduhan oleh segelintir pasangan suami isteri.
“Saya tak sangka ada orang yang sanggup memburuk-burukkan saya dengan menyebarkan rakaman video tersebut. Saya tak faham kenapa ada orang yang sanggup buat begitu.
“Yang membuatkan saya terkilan apabila rakaman tersebut telah menimbulkan pergaduhan antara suami dan wanita yang berada dalam rakaman video itu.
“Selepas cerita peluk cium, orang mempersoalkan tentang agama dan segala macam...,” ulas Anuar ketika sidang media selepas showcase A Nite With Anuar Zain yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Disebabkan tidak mahu memanjangkan kontroversi tersebut, Anuar tekad untuk tidak turun pada malam itu.
Beliau hanya beraksi di pentas dan menyambut huluran salam peminatnya yang berada di bawah pentas.
Sememangnya Anuar kelihatan ingin turun ke bawah untuk bertemu kira-kira 1240 penonton yang hadir. Namun, apakan daya keinginan itu terpaksa dipendam demi kebaikan semua.
Ada peminat yang menjerit, “Anuar, turunlah. Bila nak turun?”. Beliau menjawab, “Kalau saya turun, saya nak anda semua janji tak cium pipi dan peluk saya, ok?”.
Lantas ada seorang peminat berkata, “Saya janji akan cium.”.
Melihat keadaan peminat yang sukar dikawal itu, memang sah tekaan yang memikirkan Anuar tidak akan turun sehinggalah ke akhir persembahannya.
“Saya memang nak turun tetapi saya tahan keinginan untuk berjumpa dengan peminat. Lagipun, bukan senang orang nak suka kita.
“Saya fikir susah juga untuk mengawal situasi malam ini dan bimbang kalau saya turun, perkara yang sama akan berlaku lagi.
“Saya takut kalau ada yang ambil peminat yang cium pipi saya dan kemudian ia disebarkan di internet.
“Ada sesetengah perkara yang saya boleh buat dan tidak boleh buat. Tapi bila hal ini timbul, saya rasa terancam. Jadi, saya rasa lebih baik tak turun.
Dalam pada itu, Anuar turut meluahkan kekecewaannya terhadap pihak media yang menulis cerita berhubung isu cium itu tanpa ada di situ.
“Sebelum sidang media sebelum ini, saya tak terus mengatakan rela dicium pipi dan peminat boleh duduk di riba.
“Saya mengeluarkan kenyataan tersebut setelah seorang wartawan bertanyakan tentang bagaimana keadaan showcase yang dijangka berlangsung nanti.
“Adakah peminat bebas untuk melakukan apa sahaja untuk berhibur dengan saya? Dan saya pula menjawab, mereka bebas untuk melakukan apa sahaja. Seperti showcase sebelum ini, saya tak cakap pun mereka tetap akan cium dan peluk saya.
“Jadi, tak salah saya nak hiburkan mereka tetapi ada batasnya kerana saya tidak mahu ‘mengotorkan’ show itu.
“Saya rasa geram juga apabila wartawan itu tidak berada di tempat kejadian tetapi membuat kenyataan seolah-olah dia betul-betul mendengar apa yang saya katakan sedangkan tidak dan kemudian tersalah anggap.
“Saya tak akan bersua muka dengan orang yang tulis macam ni. Just control ourselves,” jelas Anuar yang meluahkan perasaannya dalam nada marah.
Soalan Kuiz:
1. Kepada sisuami-suami....katakanlah Shah Rukh Khan sedang menyanyi dan isteri kau orang datang memeluknya erat, apakah perasaan kau orang?
2. Kepada si isteri-isteri...katakanlah suami kau orang memeluk erat penyanyi perempuan yang jelita, apa perasaan kau orang?
....Aiman tak kisah.....????
Monday, May 5, 2008
Amy Search terharu dikunjungi Nik Aziz
Oleh Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk memperhalusi strategi bersama dalam rangka memperkembangkan kuasa politik ke peringkat nasional.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata setakat ini beliau sedang menguruskan untuk mengadakan pertemuan antara kelima-lima negeri Pakatan Rakyat bagi membincangkan mengenai agenda tersebut.
“Selepas pertemuan yang diadakan bersama penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sekarang ini saya sedang berbincang untuk menangani hal pertemuan dengan ketua-ketua di lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat,” ujarnya ketika ditemui di Restoran Cheng Ho, dekat sini, semalam.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menjelaskan bahawa pertemuan tersebut dijangka akan dibuat dalam tempoh terdekat memandangkan beliau akan mengerjakan ibadah umrah hujung bulan ini.
“Saya juga sedang dalam proses untuk membuat kertas kerja mengenai isi kandungan perbincangan tersebut,” katanya lagi.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz ditemui ketika menjamu selera di Restoran Cheng Ho milik penyanyi terkemuka, Amy Search yang terletak di Wangsa Maju.
Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman,50 melahirkan rasa terharu dengan kehadiran Menteri Besar tersebut yang disifatkan sebagai seorang tokoh yang begitu disegani oleh semua pihak.
“Saya sangat terharu kerana beliau sudi hadir menjamu selera di Restoran saya ini kerana sememangnya saya meminati personaliti beliau yang sangat karismatik dan low-profile,” katanya.
Ditanya mengenai label yang mungkin akan diletakkan kepada beliau apabila menyanjungi seorang tokoh politik, Amy menegaskan bahawa itu adalah hak individu kerana beliau berhak untuk meminati sesiapa.
“Saya meminati tok guru dengan imej dan personaliti beliau sebagai seorang tokoh agama serta pemimpin yang hebat, kenapa harus takut dengan label-label yang berbau politik.
“Masyarakat yang ada pada hari ini telah dapat menilai sesuatu dengan lebih baik dan kita tidak perlu bimbang kepada elemen label-melabel kerana ianya tidak sepatutnya berlaku,” katanya lagi.
Ustaz Nik Aziz menghabiskan masa lebih kurang dua jam menikmati hidangan masakan Cina Muslim di restoran tersebut sebaik selesai merasmikan pembukaan kedai buku Sarjana Media yang terletak di Pasaraya Carrefour Wangsa Maju.
Pada majlis yang sama, beliau telah menandatangani plak perasmian, serta menandatangani buku-buku terbaru karangan beliau yang turut dijual di kedai tersebut.
Pemilik kedai buku tersebut, Tajudin Senafi berkata beliau telah lama berhasrat menjemput Tuan Guru Nik Abdul Aziz merasmikan pembukaan cawangan baru kedai buku miliknya.
“Kemunculan cawangan ini merupakan yang ketiga di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur, dengan tujuan kami untuk menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat di sini,” katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub, penulis Hj Subky Latif serta ayahanda kepada bekas permaisuri Puan Seri Aishah, Dato’ Seri Abdul Rahman.
Menurut Tajudin, Puan Seri Aishah sememangnya meminati buku-buku karangan Ustaz Nik Aziz sehingga tidak melepaskan peluang mendapatkannya setiap kali terdapat karya terbaru.
Orang ramai berpusu-pusu memenuhi kedai buku tersebut sejam lebih awal yang kemudian semakin sesak semasa sesi tandatangan buku dijalankan di kedai tersebut.
Masing-masing tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan bersama Ustaz Nik Abdul Aziz sambil mendapatkan tandatangan beliau.
Majlis turut diserikan dengan persembahan bacaan salawat oleh anak-anak yatim daripada Rumah Anak-anak Yatim Baitul Ummah yang berusia tujuh hingga 14 tahun.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Nik Abdul Aziz serta penyampaian cenderamata kenangan daripada pihak penganjur.- tajdid
Sunday, May 4, 2008
Hujan batu di Kelantan.
Kosmo:4 Mei, 2008
JELI - 'Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang' mungkin sekadar pepatah Melayu menggambarkan perlunya kita bersifat patriotik.
Bagaimanapun hujan batu benar-benar berlaku dan fenomena itu terjadi di Kelantan sejak kebelakangan ini.
Jika sebelum ini, ia berlaku di Pasir Mas kali ini ia berlaku pula di Kampung Kulim di sini malam kelmarin sehingga menimbulkan suasana gempar kepada penduduk.
Betapa Mahal Harga Minyak Petrol Negara Kita
Kajian terbaru yang dibuat oleh AIRINC, Associates For International Research Inc. yang berpengkalan di Amerika antara Mac 17 hingga April 1, 2008 telah menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak yang mempunyai harga minyak petrol domestik yang amat tinggi. Berdasarkan harga RM1.92 seliter dan 1 gelen bersamaan 4 liter, maka harga minyak petrol negara ialah USD2.40 segelen. Ini meletakkan negara kita di nombor melebihi 35 antara negara-negara yang paling murah harga minyak petrol domestic. Berikut adalah perbandingan harga-harga minyak petrol negara lain untuk perbandingan berdasarkan USD segelen:
1. Venezuela 12 cents
2. Iran 40 cents
3. Saudi Arabia 45 cents
4. Libya 50 cents
5. Swaziland 54 cents
6. Qatar 73 cents
7. Bahrain 81 cents
8. Egypt 89 cents
9. Kuwait 90 cents
10. Seychelles 98 cents
38. Malaysia $2.40
45. United States $3.45
Perhatikan betapa murahnya harga minyak di negara-negara pengeluar minyak lain seperti Venezuela, Iran, Arab Saudi dan Libya. Malah di negara yang bukan pengeluar minyak seperti Swaziland dan Seychelles pun harganya amat murah.
Dari:
http://anakbapa.blogspot.com/2008/05/betapa-mahal-harga-minyak-petrol-negara.html
Saturday, May 3, 2008
Guan Eng Economy Class
From: Mr.manager.blogspot.com
As Ning and I were lining up to board our flight to Penang on Wednesday afternoon, I spotted a familiar face standing in front of us in the queue. So I whispered to Ning.
Me: Look in front of us. It's Guan Eng.
Ning: Who?
Me: YAB Mr. Lim Guan Eng, the Chief Minister of Penang.
Ning: No lah.
Me: Yes lah! I know how he looks lah. It's the CM lah.
Ning: Takkan CM jalan sorang sorang. If he's the CM, where's the bodyguards and the officers and the rombongan and kaum kerabat?
Me: Tak percaya? Watch and learn.
So I walked up to Yang Amat Berhormat, introduced myself and asked to take a picture. He smiled and obliged.
YAB CM: Hey, I know you! You're Ning Baizura!
Ning: YAB Lim, good afternoon.
YAB CM: Come, come, we take a picture. Vernon, here's my card. Email me the pictures OK.
Me: Definitely, sir.
Ambik kau. CM pun peminat katanya!
lagi......mr.manager.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)