Friday, May 2, 2008
Tuntutan Cuepacs diketahui 10 mei.
Utusan Malaysia online 2 mei, 2008
JOHOR BAHRU 1 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan keputusan mengenai enam tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada 10 Mei ini.
Ramalan aku;
1. Tuntutan Honororium sudah diumumkan bahawa kerajaan tidak akan pertimbangkan.
2. Umur persaraan kekal 56 tahun. Aku sangat berharap kerajaan akan mengekalkan umur persaraan kerana banyak keburukan dari kebaikan dalam keadaan sekarang. Mungkin kerajaan boleh mengkaji umur persaraan ini selepas 5 tahun akan datang ketika masalah pengganguran dapat dikurangkan.
3. Peperiksaan PTK juga kekal. Aku juga berharap kerajaan akan mengekalkan sistem peperiksaan PTK tetapi dengan membuat beberapa pengubahsuaian khususnya syarat-syarat menduduki peperiksaan PTK yang pertama (PTK1) hendaklah selepas 7 tahun perkhidmatan bagi pegawai-pegawai lantikan baru.Ini bagi mengelakkan persaingan dengan pegawai yang telah lama berkhidmat tapi terpaksa mengambil peperiksaan bersama dengan pegawai baru kerana PTK ini baru saja dilaksanakan. Maklum sahaja lah budak-budak fresh ni daya ingatannya masih kuat, orang veteran ni dah berkarat. Cuba bayangkan kawan aku dah berumur 49 tahun bersaing dengan budak umur 26 tahun untuk ambik PTK1. Tup-tup budak muda (4 tahun pengalaman kerja) yang lulus dan dinaikkan pangkat gred 32, tetapi kawan aku (23 tahun pengalaman) tu.....sampai pencen ler menunggu post yang kosong.
4. Elaun tetap perumahan naik RM 20.00
5. Elaun kritikal tidak berubah.
6. Kadar pencen dinaikkan tidak lebih daripada setengah gaji akhir kepada tidak lebih 55% daripada gaji akhir.( Naik 5%)
Ini aku punya pandangan jer. Kalau takdir kerajaan terpengaruh dengan pandangan ini, kau orang janganlah marahkan aku....kau orang fikir-fikir lah sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment