Thursday, May 8, 2008

Antara tujuan beberapa Akta digubal....





1. Akta Kawalan Harga 1946

Memberi kuasa kepada kerajaan menetap dan mengawal harga bagi barangan-barangan tertentu.Menetapkan penandaan harga (price tag) dan perlabelan (labelling)

2.Akta Kawalan Bekalan 1961

Mengawal bekalan barang-barang kawalan bagi memastikan bekalan adalah mencukupi.

3.Akta Lembaga Padi dan Beras Negara 1971

Mengawal (menyimpan dan menyelenggara) bekalan padi dan beras dalam negara bagi memastikan harga yang stabil bagi peladang dan pengguna. Kementerian Pertanian

4. Akta Kawalan Sewa 1966

Memberikan kuasa untak menetapkan sewa premis terkawal (controlled premises) dalam kawasan-kawasan Kerajaan Tempatan.

5.Akta Pengangkutan Jalan 1987

Mengawal perkhidmatan kenderaan awam, Mutu Dan Keselamatan

6.Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975

Mengadakan piawaian dan penyelidikan terhadap keluaran yang ada dalam pasaran.

7. Akta Makanan 1983

Mengawal penjualan makanan supaya tidak mengancam pengguna antaranya memastikan kandungan bahan-bahan tidak membahayakan.

8. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988

Berhubung dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.

9.. Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956

Mengawal dan melarang iklan-iklan yang merujuk kepada mana-mana barangan yang dikira boleh menpengaruhi kegunaan barang-barang tersebut sebagai ubat untak tujuan merawat keadaan-keadaan teruk yang tertentu.
Semua iklan-iklan untuk ubat-ubatan wajib mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

10.Akta Kilang dan Jentera 1967

Berkaitan dengan pengawalan kilang-kilang dan jentara berhubung dengan pendaftaran dan pemeriksaan jentera-jentera bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pihak yang terlibat.

11. Akta Racun Makhluk Perosak 1974

Mengawal pengimportan, pengeluaran, penjualan, penyimpanan racun-racun perosak dengan cara pendaftaran dan permit pengimport dan pengilang.

12. Ordinan Binatang 1953

Mengawal pengimportan dan pengeksportan binatang dan burung bagi mengelakkan penyakit.

13. Akta Jualan Dadah 1952

Bertujuan untuk mengawal dan membuat peraturan tentang pengimportan, pengeksportan, pengeluaran dan penjualan opium, dan lain-lain dadah merbahaya.

14.Akta Elektrik 1949

Akta ini membenarkan Lembaga Letrik mengawal perkara-perkara berikut:
Menetapkan kadar bayaran.
Melesen kegiatan pemasangan bagi menjamin mutu dan keselamatan pengguna.

15. Akta Racun 1952

Untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengilangan, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan sebarang racun

16. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

Bertanggungjawab dan menyelaras segala aktiviti berhubung dengan pembuangan bahan-bahan ke alam sekeliling bagi mencegah atau mengawal pencemaran serta melindungi dan memperbaiki kualiti alam sekitar.

17. Akta Perihal Dagangan 1972

Melarang salah perihal mengenai barang-barang, memberikan kenyataan palsu/mengelirukan tentang apa-apa perkhidmatan, tempat tinggal atau apa-apa kemudahan-kemudahan yang diadakan dalam perjalanan perdagangan.
Meliputi juga perbahasan penunjuk yang digunakan berhubung dengan harga barang-barang, bayaran/kadar bagi perkhidmatan kemudahan.

18. Akta Pendaftaran Farmasi 1951

Menentukan perubahan Lembaga Farmasi yang akan mendaftarkan ahli-ahli farmasi sebelum mereka menjalankan kegiatan mereka.
Untuk mengawal ahli-ahli farmasi yang tidak berkelayakan.

19. Akta Lembaga kemajuan Ikan Malaysia 1971.

Memajukan perniagaan perikanan supaya lebih cekap dan berkesan.

20. Akta Sewa Beli 1967

Mengawal selia kandungan dan bentuk perjanjian yang termasuk di bawah takrifan perjanjian sewa beli di bawah Akta dan menetapkan hak-hak dan tanggungjawab pihak-pihak kepada perjanjian.

21. Akta Insurans 1963

Mengawal kegiatan syarikat-syarikat insurans dengan cara mendaftarkan syarikat-syarikat tersebut dan mengawal selia aktiviti-aktiviti syarikat berkenaan.

22. Akta Pemberi Pinjam Wang 1951

Akta ini adalah untuk mengawal individu atau syarikat menjalankan kegiatan peminjaman wang. Untuk menjalankan kegiatan ini, lesen adalah diwajibkan.

23. Akta Pemegang Pinjam Gadai 1972

Mewajibkan sesiapa yang menjalankan kegiatan ini mendapatkan lesen terlebih dahulu.

24. Akta Jualan Barangan 1957

Melindungi kepentingan pihak yang membuat jual beli barangan termasuk pengguna dari segi kesesuaian dan jaminan barangan. Undang-Undang Sivil

25. Akta Kontrak 1950

Menggariskan tentang tanggungjawab semua dalam apa juga perjanjian. Undang-Undang Sivil

26. Akta Timbang dan Sukat 1972

Memastikan yang unit-unit sukatan dan standard jisim serta sukat hendaklah berdasarkan kepada sistem unit antarabangsa.

27. Akta Pemaju-Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1965

Akta yang mengawal dan melesenn kegiatan perumahan bagi memastikan tidak ada kegiatan-kegiatan yang menyelewang di dalam industri tersebut.

28. Akta Kewangan (Bank dan Institusi Kewangan 1986)

Mengawal kegiatan meminjam oleh syarikat-syarikat dengan cara mengeluarkan lesen. Bank Negara Malaysia

29. Akta Jualan Langsung 1993

Mengawal kegiatan syarikat-syarikat jualan langsung dengan cara melesenkan syarikat-syarikat itu.


Nota: Sebagaimana ianya diperkenalkan pada peringkat awalnya tanpa mengambil kira beberapa pindaan selepasnya.

No comments: