Monday, May 12, 2008

Beras cukup..harga naik..


myMetro

KUALA LUMPUR: Kemelut kekurangan bekalan beras di sekitar ibu kota berakhir dengan kenaikan mendadak harga bahan makanan asas itu sejak kelmarin.

Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar raya sekitar ibu kota semalam mendapati, bekalan beras pelbagai jenama tempatan mahupun import kini mudah didapati pengguna sebaik harga baru bahan ruji itu dikuatkuasakan.

Menurut sumber, bekalan beras kembali seperti biasa berikutan kenaikan harga sehingga RM7 dan paling ketara beras super tempatan dalam kampit 10 kilogram (kg) yang sebelum ini dijual RM15 kini berharga RM23 sekampit.

Jenama popular lain yang mengalami kenaikan ialah beras Jasmine Super Special dijual sekitar RM36 bagi kampit 10kg yang sebelum ini hanya RM28 bagi kuantiti sama dan beras Floral 10kg dijual RM23 berbanding RM19 sebelum ini.


Katanya, kebanyakan peniaga terpaksa akur dengan kehendak pembekal yang menetapkan harga barangan itu walaupun ia tidak disenangi kebanyakan pengguna.


Menurutnya, taktik menyembunyikan bekalan beras oleh sesetengah pembekal membuatkan bekalan barangan itu berkurangan di pasar raya dan ini menyebabkan harganya melambung tinggi.

Helah yang sama turut digunakan untuk mendesak pihak berwajib menaikkan harga sekilogram minyak pada tahun lalu, namun ia gagal berikutan campur tangan kerajaan yang mendesak pembekal dan peniaga mengekalkan harga barangan masak itu.

Selain kenaikan harga, ada beberapa jenama popular yang terpaksa dihadkan jualannya seperti beras Jasmine Super Special, Bird of Paradise Fragrant Rice dan Sunwhile AAA.

Katanya, jenama beras itu terpaksa dihadkan jualannya berikutan arahan yang dikeluarkan pihak pengurusan pasar raya terkemuka di Lembah Klang itu.

Namun begitu, dia menolak sebarang spekulasi berikutan kekurangan bekalan beras jenama itu di pasaran sekarang tambahnya bekalan yang diterima pihaknya kelmarin mampu bertahan selama dua bulan dan cukup untuk pengguna sekitar kawasan terbabit.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui meluahkan ketidakpuasan hati mereka berkaitan kenaikan harga bahan asas itu dan mendesak kerajaan campur tangan dalam hal terbabit.



Komen aku:

1. Sampai bila nak macam ni? Setiap kali lepas pilihanraya "Barang Naik" menang, semua harga barang melambung..beras, susu, minyak masak, gandum, mee.....besi, simen,...Aku nak belajar makan batu pun, batu naik harga jugak.....apa nak jadi?

2. Wahai kerajaan yang memerintah !!!!, jika tak pandai nak jadi kerajaan baik jadi pembangkang...mana tahu kau orang boleh jadi pembangkang yg berkesan....

3. Aku sebagai rakyat yang dhaif cukup tertekan dengan keadaan sekarang....kau orang yg jadi menteri tak apa lah masuk kiri kanan bermacam-macam gaji, elaun, imbuhan....Shahrizat yang kalah pilihanraya pun dengar khabar terima gaji RM 30,000 lebih sebulan....

4. Alahai malaysiaku yang permai.............................wahai rakyat-rakyat semua, belajar-belajar lah kau orang makan "angin" itu lah saja yang tak naik harga...Tuhan bagi percuma...kalu "angin" pun dibuat manusia nescaya syarikat angin itu dimonopoli dan harganya lebih melambung-lambung sebab sifat angin pun satu, ianya jisim yang ringan...Syukur Ya Allah...

No comments: